Wednesday, July 20, 2011

Hukum Memakan, Berubat Dan Jual Cicak Gekko (tokay)


Ramai orang yang sedang mencari keuntungan untuk menjual cicak tokay ni di katakan boleh mengubati Aids dan dapat dijual dengan harga puluhan ribu. Namun Majlis Fatwa Kebangsaan telah mengeluarkan fatwa berikut:
Keputusan:
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-95 yang bersidang pada 16-18 Jun 2011 telah membincangkan mengenai Hukum Memakan Dan Berubat Dengan Cicak Gekko Geckko (Tokay). Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:
  1. Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah berpandangan bahawa para fuqaha’ telah mengklasifikasikan Cicak Gekko Geckko (Tokay) sebagai binatang yang haram dimakan kerana tergolong dalam kategori haiwan yang menjijikkan (khabis) dan mempunyai racun. Begitu juga dengan uruf masyarakat Islam di Malaysia yang tidak menjadikan binatang ini sebagai makanan yang biasa dimakan. Selain itu, sehingga kini tidak ada bukti saintifik dan ujian klinikal yang membuktikan bahawa Cicak Gekko Geckko (Tokay) mampu menjadi penawar atau mengubati penyakit-penyakit tertentu.
  2. Sehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa hukum memakan Cicak Gekko Geckko (Tokay) adalah diharamkan oleh Islam. Manakala untuk tujuan perubatan, penggunaan Cicak Gekko Geckko (Tokay) diharuskan dengan syarat keberkesanannya dapat dibuktikan dari segi saintifik dan tiada alternatif ubat lain yang boleh digunakan bagi merawat penyakit berkaitan. Sumber
Selain itu juga Mufti Perak Tan Sri Harussani di Harian Metro 15 Julai 2011 mengatakan bahawa menjual benda yang haram adalah haram. Jadi kalau dah tak boleh berubat ataupun makan maka nak menjual cicak tokay pon dikira haram. Jadi sesiapa yang dah buat duit dengan jual cicak tokay nie segera sucikan duit anda, selain itu juga anda perlu cari bisnes dalam bidang yang lain pula untuk sumber rezeki anda. Pendapatan sedikit yang halal adalah lebih baik daripada pendapatan yang banyak tetapi haram.Orang Islam harus faham dan ambil berat tentang hukum hakam nie. Harap semua orang dapat terima fatwa ini dengan rela hati.

No comments:

Post a Comment