Wednesday, July 20, 2011

Cara MenjaWap telefon dengan sempoi...

Sebenarnye cara menjawab tepon yang kita amalkan selaluadalah membosankan kerana kebanyakannye sama.

Terpikir kah anda untuk mempelbagaikan cara menjawab telefon supaya ia kelihatan lebih menghiburkan

Meh belajar kat sini


1. Soalan: Haloo, may i speak to Bedah please?
Jawapan: Maap. Sini bukan balai polis.No bedah-bedah di sini.

2. Soalan: Haloo, siapa disana?
Jawapan: Ntah. saya kat sini, mane le saya tau sape kat sane..

3. Soalan: Haloo, boleh saya bercakap ngan bapak awak?
Jawapan: Nak cakap cakap je ler. Buat ape tanye saya.

4. Soalan: Haloo, boleh sambungkan ke nombor 323?
Jawapan: Maap cik,nombor tak boleh disambung,hanye boleh dicampur.

5. Soalan: Haloo, mak ade rumah?
Jawapan: Mak takde rumah. Bapak ade pasal rumah ni bapak yang beli.

6. Soalan: Boleh saya bercakap ngan siti?
Jawapan: Maap.nombor yang anda dail tidak mahu memberikan perkhidmatannye... Tima Kasih

7. Soalan: Haloo, tolong panggilkan Samad. Saya nak bercakap dengannya.
Jawapan: Sila panggil sendiri. Saya sibuk. Maap

8. Soalan: Halloo... ...
Jawapan: Haloo. Pusat sakit mental disini. Anda ingin mendaftar?

9. Soalan: Haloo, saya nak tumpang bertanya...
Jawapan: Maap. Ini bukan kaunter pertanyaan.

10. Soalan: Haloo, betul ke ini nombor 3234412?
Jawapan: Sila dail sekali lagi. Kalau saya masih menjawab betul le tu.

11. Soalan: Assalammualaikum... .
Jawapan: Waalaikummussalam..(tupp!..terus letak tepon.salam kite wajib
jawab)


Menarik bukan Selamat mencuba !

1 comment: