BIODATA
Nama : Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin HashimTarikh lahir : Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenali sebagai tahun gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Ka’abah) • Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah
Nama bapa : ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim
Nama ibu : Aminah binti Wahab bin ‘Abdul Manaf
Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)
Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Sa’diah (lebih dikenali Halimah As-Sa’diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)
USIA 5 TAHUN
· Peristiwa pembelahan
dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan
bahagian syaitan yang wujud di dalamnya.
USIA 6 TAHUN
· Ibunya Aminah binti
Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa’ (sebuah kampung yang
terletak di antara Mekah dan Madinah)· Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya ‘Abdul Muttalib.
USIA 8 TAHUN
· Datuknya, ‘Abdul
Muttalib pula meninggal dunia.· Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.
USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
· Bersama bapa
saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.· Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.
USIA 20 TAHUN
· Terlibat dalam
peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di dalam kitab ‘Sirah’ , jilid 1, halaman 184-187
menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah14 atau 15 tahun. Baginda
menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak
panah sahaja.· Menyaksikan ‘ perjanjian Al-Fudhul’; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah.
USIA 25 TAHUN
· Bermusafir kali kedua
ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.· Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah..
· Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
· Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.
USIA 35 TAHUN
· Banjir besar melanda
Mekah dan meruntuhkan dinding Ka’abah.· Pembinaan semula Ka’abah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Mekah.
· Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ‘Hajarul-Aswad’ ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.
USIA 40 TAHUN
· Menerima wahyu di gua
Hira’ sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.
USIA 53 TAHUN
· Berhijrah ke Madinah
Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.
· Sampai ke Madinah
pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.
USIA 63 TAHUN
· Kewafatan Rasulullah
SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11H/ 8 Jun
632M.
Penerangan
Kelahiran
Baginda lahir dari Keturunan Quraisy (Bahasa Arab قريش). Nabi Muhammad
telah diputerakan di Makkah, pada hari Isnin, 12 Rabiulawal (20 April 571M). Ibu baginda, iaitu Aminah binti Wahab,
adalah anak perempuan kepada Wahab bin Abdul Manaf dari keluarga Zahrah.
Ayahnya, Abdullah, ialah
anak kepada Abdul Muthalib.
Keturunannya bersusur galur dari Nabi Ismail, anak kepada Nabi Ibrahim kira-kira dalam keturunan keempat puluh.
Ayahnya telah meninggal sebelum kelahiran baginda. Sementara ibunya
meninggal ketika baginda berusia kira-kira enam tahun, menjadikannya seorang anak yatim piatu. Menurut tradisi keluarga atasan Mekah, baginda telah dipelihara oleh seorang ibu angkat(ibu
susu:-wanita yang menyusukan baginda) yang bernama Halimahtus Sa'adiah
حلمة السعديه di kampung halamannya di pergunungan selama beberapa tahun. Dalam
tahun-tahun itu, baginda telah dibawa ke Makkah untuk mengunjungi ibunya.
Setelah ibunya meninggal, baginda dijaga oleh datuknya, Abdul Muthalib. Apabila
datuknya meninggal, baginda dijaga oleh bapa saudaranya, Abu Talib. Ketika inilah baginda sering kali membantu mengembala
kambing-kambing bapa saudaranya di sekitar Mekah dan kerap menemani bapa
saudaranya dalam urusan perdagangan ke Syam (Syria).
Sejak kecil, baginda tidak pernah menyembah berhala dan tidak pernah
terlibat dengan kehidupan sosial arab jahiliyyah yang merosakkan dan penuh
kekufuran
Masa remaja
Dalam masa remajanya, Nabi Muhammad percaya sepenuhnya dengan keesaan Allah. Baginda hidup dengan cara amat sederhana dan membenci
sifat-sifat angkuh dan bongkak. Baginda menyayangi orang-orang miskin, para
janda dan anak-anak yatim serta berkongsi penderitaan mereka dengan berusaha
menolong mereka. Baginda juga menghindari semua kejahatan yang menjadi amalan
biasa di kalangan para belia pada masa itu seperti berjudi, meminum minuman
keras, berkelakuan kasar dan lain-lain,
sehingga beliau dikenali sebagai As Saadiq (yang benar) dan Al Amin
(yang amanah). Baginda sentiasa dipercayai sebagai orang tengah kepada dua
pihak yang bertelingkah di kampung halamannya di Mekah.
Ketika berusia kira-kira 25 tahun, ayah saudara baginda menyarankan
baginda untuk bekerja dengan kafilah (rombongan perniagaan) yang dimiliki oleh
seorang janda yang bernama Khadijah. Baginda diterima bekerja dan
bertanggungjawab terhadap pelayaran ke Syam (Syria). Baginda mengelolakan urusniaga itu dengan penuh bijaksana dan pulang dengan keuntungan
luar biasa.
Khadijah begitu
tertarik dengan kejujuran dan watak peribadinya yang mendorong beliau untuk
menawarkan diri untuk mengahwini baginda. Baginda menerima lamarannya dan
perkahwinan mereka adalah bahagia. Mereka dikurniakan 6 orang anak (2 lelaki
dan 4 perempuan) tetapi kedua-dua anak lelaki mereka, Qasim dan Abdullah
meninggal semasa kecil. Manakala anak perempuan baginda ialah Ruqayyah, Zainab, Ummu Kalsum dan Fatimah az-Zahra. Khadijah merupakan satu-satunya isterinya sehinggalah
Khadijah meninggal pada usia 64 tahun. Seorang lagi anak baginda adalah hasil
perkahwinan baginda dengan Maria al-Qibtiyyah.
Putera baginda bersama Maria bernama Ibrahim itu juga meninggal semasa kecil.
Menurut rekod Nabi Muhammad mempunyai 13 orang
isteri. Isteri-isteri baginda dikenali sebagai "Ummul Mukminin" yang
bermaksud "ibu orang-orang beriman".
Bapa dan ibu saudara Nabi Muhammad
· Al-Harith bin Abdul
Muttalib
· Muqawwam bin Abdul
Muttalib
· Zubair bin Abdul
Muttalib
· Hamzah bin Abdul
Muttalib
· Al-Abbas bin Abdul
Muttalib
· Abu Thalib bin Abdul
Muttalib
· Abdul Kaabah bin
Abdul Muttalib
· Hijl bin Abdul
Muttalib
· Dzirar bin Abdul
Muttalib
· Ghaidaq bin Abdul
Muttalib
· Safiyah binti Abdul
Muttalib
· 'Atikah binti Abdul
Muttalib
· Arwa binti Abdul
Muttalib
· Umaimah binti Abdul
Muttalib
· Barrah binti Abdul
Muttalib
· Ummi Hakim al-Bidha
binti Abdul Muttalib
Gua Hira tempat pertama kali Nabi hammad memperoleh wahyu.
Gua Hira tempat pertama kali Nabi Muhammad memperoleh wahyu.
Muhammad telah dilahirkan di tengah-tengah masyarakat jahiliyah. Ia
sungguh menyedihkan hatinya sehingga beliau kerapkali ke Gua Hira, sebuah gua bukit dekat Makkah, yang kemudian dikenali
sebgai Jabal An Nur untuk memikirkan cara untuk mengatasi gejala yang
dihadapi masyarakatnya. Di sinilah baginda sering berfikir dengan mendalam,
memohon kepada Allah supaya memusnahkan kedurjanaan yang kian berleluasa.
Pada suatu malam, ketika baginda sedang bertafakur di Gua Hira, Malaikat Jibril mendatangi Muhammad. Jibril membangkitkannya dan
menyampaikan wahyu Allah di telinganya. Baginda diminta membaca. Baginda
menjawab, "Saya tidak tahu membaca". Jibril mengulangi tiga kali
meminta Muhammad untuk membaca tetapi jawapan baginda tetap sama. Akhirnya,
Jibril berkata:
"Bacalah dengan menyebut nama
Tuhanmu yang menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dengan nama
Tuhanmu yang Amat Pemurah, yang mengajar manusia dengan perantaraan (menulis,
membaca). Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya."
Ini merupakan wahyu pertama yang diterima oleh Muhammad. Ketika itu baginda
berusia 40 tahun. Wahyu itu turun kepada baginda dari semasa ke semasa dalam
jangka masa 23 tahun. Siri wahyu ini telah diturunkan menurut panduan yang
diberikan Rasulullah dan dikumpulkan dalam buku bernama Al Mushaf yang
juga dinamakan Al-Quran (bacaan). Kebanyakkan ayat-ayatnya mempunyai erti
yang jelas. Sebahagiannya diterjemah dan dihubungkan dengan ayat-ayat yang
lain. Sebahagiannya pula diterjemah oleh Rasulullah sendiri melalui
percakapannya, tindakan dan persetujuan yang terkenal, dengan nama Sunnah. Al-Quran dan al Sunnah digabungkan bersama untuk menjadi
panduan dan cara hidup mereka yang menyerahkan diri kepada Allah.
Marhalah dakwah Rasulullah
Perjuangan dakwah Rasulullah yang boleh diringkaskan sebagai berikut:
· Pertama: Marhalah
Tasqif - tahap pembinaan dan pengkaderan untuk melahirkan individu-individu
yang menyakini pemikiran (fikrah) dan metod (thariqah) parti
politik guna membentuk kerangka gerakan.
· Kedua: Marhalah
Tafa’ul ma’al Ummah - tahap berinteraksi dengan umat agar umat turut sama
memikul kewajiban dakwah Islam, sehingga umat akan menjadikan Islam sebagai panduan
utama dalam hidupnya serta berusaha untuk menerapkannya dalam kehidupan
bernegara dan bermasyarakat.
· Ketiga: Marhalah
Istilamil Hukmi - tahap pengambilalihan kekuasaan, dan penerapan Islam secara
utuh serta menyeluruh, lalu mengembangkannya sebagai risalah Islam ke seluruh
penjuru dunia.
Thalabun Nusrah
Thalabun Nusrah adalah detik bersejarah yang dapat dinukil didalam kitab
sirah dan merupakan satu aktiviti penting dalam marhalah kedua perjuangan
Rasulullah Lestari atau tidaknya dakwah ditentukan olehnya kerana
keberlangsungan dakwah memerlukan dua aspek penting:-
· Pertama, untuk
mendapatkan perlindungan (himayah) sehingga tetap dapat melakukan aktiviti
dakwah dalam keadaan aman dan terlindung.
· Kedua, untuk mencapai
tampuk pemerintahan dalam rangka menegakkan Daulah Islamiyah (Negara Islam) dan menerapkan hukum-hukum berdasarkan apa
yang telah diturunkan Allah SWT dalam kehidupan bernegara dan bermasyarakat.
Cabaran-cabaran
Apabila Rasulullah menyeru manusia ke jalan Allah, tidak ramai yang
mendengar seruannya. Kebanyakkan pengikut baginda adalah dari anggota
keluarganya dan dari golongan masyarakat bawahan, Antara mereka ialah Khadijah, Ali, Zayd dan Bilal. Apabila baginda memperhebat kegiatan dakwahnya dengan
mengumumkan secara terbuka agama Islam yang disebarkannya, dengan itu ramai yang mengikutnya.
Tetapi pada masa, baginda menghadapi berbagai cabaran dari kalangan bangsawan
dan para pemimpin yang merasakan kedudukan mereka terancam. Mereka bangkit
bersama untuk mempertahankan agama datuk nenek mereka.
Semangat penganut Islam meningkat apabila sekumpulan kecil masyarakat yang dihormati di Makkah menganut agama Islam. Antara mereka ialah Abu Bakar, Uthman bin Affan, Zubair bin Al Awwam, Abdul Rahman bin Auf, Ubaidillah bin
Harith, Amr bin Nufail dan ramai lagi.
Akibat cabaran dari masyarakat jahiliyah di Mekah, sebahagian orang
Islam disiksa, dianiaya, disingkir dan dipulaukan. Baginda terpaksa bersabar
dan mencari perlindungan untuk pengikutnya. Baginda meminta Negus Raja Habsyah, untuk membenarkan orang-orang Islam berhijrah ke
negaranya. Negus mengalu-alukan ketibaan mereka dan tidak membenarkan mereka
diserah kepada penguasa di Makkah.
Hijrah
Di Makkah terdapat Kaabah yang telah dibina oleh Nabi Ibrahim a.s. beberapa abad lalu sebagai pusat penyatuan umat untuk
beribadat kepada Allah. Sebelumnya ia dijadikan oleh masyarakat jahiliyah
sebagai tempat sembahyang selain dari Allah. Mereka datang dari berbagai daerah
Arab, mewakili berbagai suku ternama. Ziarah ke Kaabah dijadikan mereka sebagai
sebuah pesta tahunan. Orang ramai bertemu dan berhibur dengan kegiatan-kegiatan
tradisi mereka dalam
kunjungan ini. Baginda mengambil peluang ini untuk menyebarkan Islam. Antara
mereka yang tertarik dengan seruan baginda ialah sekumpulan orang dari Yathrib. Mereka menemui Rasulullah dan beberapa orang Islam dari
Mekah di desa bernama Aqabah secara
sembunyi-sembunyi. Setelah menganut Islam, mereka bersumpah untuk melindungi
Islam, Rasulullah dan orang-orang Islam Mekah.
Tahun berikutnya, sekumpulan masyarakat Islam dari Yathrib datang lagi
ke Makkah. Mereka menemui Rasulullah di tempat yang mereka bertemu sebelumnya.
Kali ini, Abbas bin Abdul Muthalib, pakcik baginda yang belum menganut Islam hadir
dalam pertemuan itu. Mereka mengundang baginda dan orang-orang Islam Mekah
untuk berhijrah ke Yathrib. Mereka berjanji akan melayani mereka sebagai
saudara seagama. Dialog yang memakan masa agak lama diadakan antara mayarakat
Islam Yathrib dengan pakcik Rasulullah untuk memastikan mereka sesungguhnya
berhasrat mengalu-alukan masyarakat Islam Mekah di bandar mereka. Rasulullah
akhirnya bersetuju untuk berhijrah beramai-ramai ke bandar baru itu.
Mengetahui ramai masyarakat Islam merancang meninggalkan Makkah, masyarakat jahiliyah Mekah cuba menghalang
mereka. Namun kumpulan pertama telahpun berjaya berhijrah ke Yathrib. Masyarakat jahiliyah Mekah bimbang hijrah ke Yathrib akan
memberi peluang kepada orang Islam untuk mengembangkan agama mereka ke
daerah-daerah yang lain.
Hampir dua bulan seluruh masyarakat Islam dari Makkah kecuali
Rasulullah, Abu Bakar, Ali dan beberapa orang yang daif, telah berhijrah. Masyarakat
Mekah kemudian memutuskan untuk membunuh baginda. Mereka merancang namun tidak
berjaya. Dengan berbagai taktik dan rancangan yang teratur, Rasulullah akhirnya
sampai dengan selamat ke Yathrib, yang kemudian dikenali sebagai, 'Bandar
Rasulullah'.
Madinah
Di Madinah, kerajaan Islam diwujudkan di bawah pimpinan Rasulullah
Umat Islam bebas mengerjakan solat di Madinah. Musyrikin Makkah mengetahui akan perkara ini
kemudiannya melancarkan beberapa serangan ke atas Madinah tetapi kesemuanya
ditangkis dengan mudah oleh umat Islam. Satu perjanjian kemudiannya dibuat
dengan memihak kepada pihak Quraish Makkah. Walau bagaimanapun perjanjian itu
dicabuli oleh mereka dengan menyerang sekutu umat Islam. Orang Muslim pada ketika ini menjadi semakin kuat telah membuat
keputusan untuk menyerang musyrikin Makkah memandangkan perjanjian telah dicabuli.
Pembukaan Kota Makkah
Pada tahun kelapan selepas penghijrahan ke Madinah berlaku, Nabi
Muhammad berlepas ke Makkah. Tentera Islam yang seramai 10,000 orang tiba di
Makkah dengan penuh bersemangat. Takut akan nyawa mereka terkorban, penduduk
Makkah bersetuju untuk menyerahkan kota Makkah tanpa sebarang syarat. Nabi
Muhammad kemudian mengarahkan supaya kesemua berhala dan patung-patung di
sekeliling Kaabah dimusnahkan.
Meneladani perbuatan Rasulullah
Perbuatan-perbuatan yang dilakukan Rasulullah dibagi menjadi dua macam.
Ada yang termasuk perbuatan-perbuatan jibiliyah, iaitu perbuatan yang dilakukan
manusia secara fitri, dan ada pula perbuatan-perbuatan selain jibiliyah.
Perbuatan-perbuatan jibiliyah, seperti berdiri, duduk, makan, minum dan lain
sebagainya, tidak ada perselisihan bahawa status perbuatan tersebut adalah
mubah (harus), baik bagi Rasulullah maupun bagi umatnya. Oleh kerana itu,
perbuatan tersebut tidak termasuk dalam kategori mandub (sunat).
Sedangkan perbuatan-perbuatan yang bukan jibiliyah, boleh jadi termasuk
dalam hal-hal yang ditetapkan khusus bagi Rasulullah, dimana tidak seorang pun
diperkenankan mengikutinya (haram); atau boleh jadi tidak termasuk dalam
perbuatan yang diperuntukkan khusus bagi beliau. Apabila perbuatan itu telah ditetapkan
khusus bagi Rasulullah, seperti dibolehkannya beliau melanjutkan puasa pada
malam hari tanpa berbuka, atau dibolehkannya menikah dengan lebih dari empat
wanita, dan lain sebagainya dari kekhususan beliau; maka dalam hal ini kita
tidak diperkenankan mengikutinya. Sebab, perbuatan-perbuatan tersebut telah
terbukti diperuntukkan khusus bagi beliau berdasarkan Ijmak Sahabat. Oleh kerana itu tidak dibolehkan meneladani
beliau dalam perbuatan-perbuatan semacam ini.
Akan halnya dengan perbuatan beliau yang kita kenal sebagai penjelas
bagi kita, tidak ada perselisihan bahawa hal itu merupakan dalil. Dalam hal ini
penjelasan tersebut boleh berupa perkataan, seperti sabda beliau:
صَلُّوْا كَمَا رَأَيْتُمُوْنِيْ أُصَليِّ
“Solatlah kalian sebagaimana kalian melihat aku solat”
“Solatlah kalian sebagaimana kalian melihat aku solat”
خُذُوْا عَنِّيْ مَنَاسِكَكُمْ
"Laksanakan manasik hajimu berdasarkan manasikku (apa yang telah aku kerjakan)"
"Laksanakan manasik hajimu berdasarkan manasikku (apa yang telah aku kerjakan)"
Hadis ini menunjukkan bahawa perbuatan beliau merupakan
penjelas, agar kita mengikutinya. Penjelasan beliau bisa juga berupa qaraain al
ahwal, yakni qarinah/indikasi yang menerangkan bentuk perbuatan, seperti
memotong pergelangan pencuri sebagai penjelas firman Allah SWT:
فَاقْطَعُوا أَيْدِيَهُمَا
"Maka potonglah tangan keduanya." (Surah Al-Maidah : 38)
"Maka potonglah tangan keduanya." (Surah Al-Maidah : 38)
Status penjelas yang terdapat dalam perbuatan Rasulullah, baik berupa
ucapan maupun indikasi yang menerangkan bentuk perbuatan, dapat mengikuti hukum
apa yang telah dijelaskan, apakah itu wajib, haram, mandub(sunat) atau
mubah(harus) sesuai dengan arah penunjukan dalil.
Sedangkan perbuatan-perbuatan beliau yang tidak terdapat di dalamnya
indikasi yang menunjukkan bahawa hal itu merupakan penjelas, bukan penolakan
dan bukan pula ketetapan. Maka dalam hal ini perlu diperhatikan apakah di
dalamnya terdapat maksud untuk bertaqarrub (mendekatkan diri kepada Allah) atau
tidak. Apabila di dalamnya terdapat keinginan untuk bertaqarrub kepada Allah
maka perbuatan itu termasuk mandub(sunat), di mana seseorang akan mendapatkan
pahala atas perbuatannya itu dan tidak mendapatkan balasan jika
meninggalkannya. Misalnya Solat Duha. Sedangkan jika tidak terdapat di dalamnya
keinginan untuk bertaqarrub, maka perbuatan tersebut termasuk mubah(harus).
Pesanan terakhir Rasulullah SAW (Isi khutbah terakhir Rasulullah SAW
Ketika Rasulullah mengerjakan ibadah haji yang terakhir, maka pada 9
Zulhijjah tahun 10 hijarah di Lembah Uranah, Bukit Arafah, baginda menyampaikan
khutbah terakhirnya di hadapan kaum Muslimin, di antara isi dari khutbah
terakhir Rasulullah itu ialah:
"Wahai manusia,
dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku
dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah
dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak
dapat hadir disini pada hari ini.
"Wahai manusia,
sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa
dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang
diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti
sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa
sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di
atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan
yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.
"Berwaspadalah
terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk
menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu
tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.
"Wahai manusia
sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke
atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka
juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang. Layanilah
wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana
sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu
atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu
tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
"Wahai manusia,
dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim
adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang
pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.
"Ingatlah,
bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan
diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan
sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
"Wahai manusia,
tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama
baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku
yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu
dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya,
nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur'an dan Sunnahku.
"Hendaklah
orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain.
Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus
mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan
risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu."
Kronologi perkembangan Islam
· 570M- Nabi Muhammad dilahirkan.
· 610M- Nabi Muhammad menerima wahyu pertama di Gua Hira'.
· 619M- Khadijah (isteri
nabi) dan Abu Talib (bapa saudara nabi)
meninggal dunia. Melawat Taif. Peristiwa Isra dan Mi'raj berlaku.
· 621M- Baiat Aqabah 1
· 622M- Baiat Aqabah 2. Hijrah ke Madinah. Daulah Islamiyah dibina.
· 624M- Perang Badar.
· 625M- Perang Uhud.
· 627M- Perang Ahzab.
· 628M- Perjanjian Hudaibiyah.
· 629M- Perang Khaibar dan
dalam menentang tentera Rom Byzantine, baginda menghantar tentera Islam dalam Perang Mu'tah.
· 630M- Pembukaan Makkah. Perang Hunain.
· 631M- Perang Tabuk.
· 632M- Kewafatan Nabi Muhammad Perlantikan Saidina Abu Bakar sebagai khalifah.
No comments:
Post a Comment