Allhamdulilah Allah memberikan kesempatan untuk kita bertemu sekali lagi bulan Rejab setelah setahun berlalu. Sempena Hari Pekerja 1Mei 2014 bersamaan 1Rejab jatuh hari Khamis dan cuti umum mesti ramai antara kita tidak melepaskan peluang untuk berpuasa sempena bulan rejab
Banyak kita dengari dari dahulu kelebihan dan amalan puasa di bulan Rejab melalui hadis-hadis. Saya terpanggil untuk menulis perkara ini kerana ada sahabat yang telah meminta penjelasan berkaitan puasa dan amalan-amalan sunat di bulan rejab dan pertanyaan kesahihan hadis yang berkaitan.
Saya juga ingin mengetahui lebih mendalam tentang isu ini.Di sini saya kongsikan serba sedikit ilmu yang sangat bermanfaat untuk kita semua
Soalan:
Banyak kami dengari dari khatib Jumaat – terutama pada awal bulan Rejab – hadith-hadith yang mereka riwayatkan tentang pahala yang besar yang dijanjikan oleh Allah bagi orang yang hanya berpuasa sehari di dalam bulan Rejab. Antara hadith ini ialah: “Rejab bulan Allah, manakala Sya’ban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku.” Apakah pandangan tuan dengan hadith-hadith sebegini? Apakah hadith-hadith ini sahih? Apakah pula hukum sesiapa yang meriwayatkan hadith palsu yang dinisbahkan kepada Nabi S.A.W. kepada orang ramai?
Jawapan:Tidak ada satu hadith yang sahih tentang kelebihan bulan Rejab sesuatupun, melainkan bulan Rejab itu adalah termasuk di dalam bulan yang haram (yang dimuliakan) yang disebut oleh Allah S.W.T. di dalam kitabnya: “Antaranya ada 4 bulan yang haram (dimuliakan).”(al-Taubah:36) iaitulah bulan Rejab, Zul Qaedah, Zul Hijjah dan al-Muharram, dan inilah bulan-bulan yang dimuliakan.Tidak terdapat satu hadith yang sahih yang mengkhususkan bulan Rejab dengan sesuatu kelebihan, melainkan hadith Hasan yang menyebut Nabi S.A.W. banyak berpuasa dalam bulan Sya’ban, apabila ditanya tentang tindakan Nabi itu, dinyatakan: “Kerana Sya’ban itu bulan yang dilalaikan oleh kebanyakan manusia yang berada di antara Rejab dan Ramadhan.”Dari hadith ini (sebahagian orang) memahami bulan Rejab juga ada kelebihan. Adapun tentang hadith: “Rejab bulan Allah, Sya’ban bulan-ku dan Ramadhan bulan Umatku.”Ianya adalah satu hadith yang dusta dan sangat lemah, bahkan kebanyakan ulama mengatakan hadith ini palsu … iaitu ianya suatu yang didustai (atas nama Nabi S.A.W.), hadith ini tidak ada nilai dari sudut ilmu dan agama. Demikianlah juga hadith-hadith lain yang diriwayatkan tentang kelebihan bulan Rejab kononnya sesiapa solat sedemikian, maka baginya sedemikian pahala, sesiapa yang beristighfar sedemikian, baginya sedemikian pahala … semua ini berlebih-lebihan, dan semuanya adalah dusta. Antara tanda kedustaan hadith-hadith seumpama ini, apabila ianya mengandungi unsur berlebih-lebihan dan gembar-gembur para ulama berkata:Maksudnya: “Sesungguhnya janji dengan pahala yang sangat besar atas perkara yang kecil, ataupun ancaman dengan azab yang keras atas dosa yang kecil, menunjukkan hadith tersebut adalah palsu. “Sebagai contoh lain apa yang didakwa dari perkataan Nabi S.A.W.: “Satu suapan kepada orang yang lapar lebih baik dari membina 1000 buah masjid. “Hadith ini mengandungi kepalsuan dalam teksnya sendiri, kerana ia termasuk dalam perkara yang tidak dapat diterima oleh akal, satu suapan untuk orang yang lapar, pahalanya lebih besar dari pahala yang diperolehi dari membina 1000 buah masjid. Maka hadith yang ada dalam bab kelebihan bulan Rejab adalah termasuk di dalam jenis seperti ini. Ke atas ulama wajib memberi perhatian dari hadith-hadith seumapama ini yang palsu dan dusta dan memberi peringatan kepada orang ramai dari hadith-hadith seumapama ini. Nabi S.A.W. telah bersabda: (Maskudnya): “Sesiapa yang meriwayatkan satu hadith yang dia lihat hadith tersebut adalah palsu, maka dia termasuk salah seorang dari kalangan pendusta.”(Hadith ini diriwayatkan oleh Imam Muslim di Muwaddiman Sahihnya). Akan tetapi kadang-kadang seseorang tidak mengetahui hadith yang diriwayatkannya itu adalah hadith yang palsu.
Hadis Palsu Popular berkaitan Fadhilat bulan Rejab
1.“Rejab adalah bulan Allah, Sya’ban bulanku dan Ramdahan bulan umatku… “
2.“Bahawasanya di dalam Syurga ada sebuah sungai yang dipanggil Rejab , airnya lebih putih daripada susu dan lebih manis daripada madu , barangsiapa berpuasa sehari sahaja dari bulan Rejab nescaya Allah memberinya minum dari sungai itu”.
3.“Kelebihan Rejab atas segala bulan bagaikan kelebihan Al-Quran atas segala zikir; kelebihan Sya’ban atas segala bulan adalah seperti kelebihan Muhammad atas segala para Nabi dan kelebihan Ramadhan atas segala bulan bagaikan kelebihan Allah atas segala hambanya.”
4.“Sesiapa yg bersembahyang maghrib pada malam pertama di bulan Rejab kemudian bersembahyang 20 rakaat selepasnya, dia membaca disetiap rakaat surah Al-Fatihah dan Al-Ikhlas sekali dengan sepuluh kali salam, nescaya Allah menjaga dirinya, keluarganya, hartanya dan anaknya, dan diselamatkan dari azab kubur, dan dia akan melalui sirot seperti kilat tanpa dikenakan hisab dan azab”
5.“Barangsiapa berpuasa sehari dari bulan Rejab disamakan dengan puasa sebulan . Barangsiapa berpuasa tujuh hari dari bulan Rejab nescaya ditutup baginya pintu – pintuNeraka Jahim yang tujuh . Barangsiapa berpuasa lapan hari dari bulan Rejab nescaya dibukakan bagikan baginya pintu – pintu Syurga yang lapan itu . Barangsiapa berpuasa sepuluh hari dari bulan Rejab maka Allah menukarkan kejahatan – kejahatannya dengan kebaikan – kebaikan , dan barangsiapa berpuasa lapan belas hari dari bulan Rejab nescaya berserulah seorang penyeru bahawasanya telah diampunkan apa yang telah lalu dan mulakanlah amalan.”
~Sumber : Fatawa Syeikh Athiyyah Saqr (Jil 3, ms 65, 443, 4762); Lathoiful Maarif, AlHafiz Ibnu Rajab Al Hanbali (Ms 217- 2353); Kasyful Khafa’, Syeikh Ismail Ajluuni4. Tahzirul Muslimin minal Ahadis Al maudhuah, Muhammad bin Al Basyir Al-Azhari5; : Himpunan Hadis Dhaif dan Maudhu’ (Jld 1) – Drs Abdul Ghani Azm (jil 1/526);
Hukum Puasa Di Bulan Rejab & Syaaban
Soalan : Pada suatu hari, saya mendengar anda berbicara soal bulan Rejab. Anda mengatakan bahawa tidak terdapat suatu pun hadis sahih dari Nabi s.a.w. berkenaannya. Oleh itu, apakah hukum berpuasa dalam bulan Rejab? Adakah ianya termasuk perkara sunat ataupun bidaah?
Dr Yusuf al-Qaradhawi menjawab:
Tidak dijumpai pun kenyataan saya berkenaan puasa rejab dalam perbincangan yang didengari oleh saudara. Walau bagaimana pun, saya mengatakan ketika itu bahawa bulan Rejab merupakan sebahagian dari bulan-bulan haram (suci). Berpuasa di bulan-bulan haram adalah diterima dan sunat (Mustahab). Tetapi, tidak terdapat dari Nabi s.a.w. bahawa baginda berpuasa sebulan penuh. Kecuali Ramadhan. Yang paling banyak puasanya adalah bulan Sya`aban, tetapi beginda tidak berpuasa setiap hari, inilah sunnah nabawiyah dalam perkara itu... baginda berpuasa dan tidak berpuasa pada setiap bulan. Seperti mana terdapat dalam sebuah hadis: Baginda s.a.w. berpuasa sehingga kami berkata baginda berpuasa tanpa ada hari baginda tidak berpuasa, lalu baginda tidak berpuasa sehinggalah kami berkata baginda tidak berpuasa. [Hadis Ibnu Abbas Riwayat Abu Daud: 2079] Oleh itu, perbuatan sebahagian manusia yang berpuasa di bulan Rejab secara keseluruhannya, sepertimana yang saya lihat di beberapa negeri sebelum ini, begitu juga yang saya lihat sebahagian manusia yang berpuasa pada bulan Rejab, Syaaban, dan Ramadhan dan enam hari dalam bulan Syawwal, dan menamakannya dengan “Hari-Hari Putih”, setelah itu barulah mereka tidak berpuasa. Mereka jadikan hari raya pada hari ke lapan dalam bulan Syawwal... menjadikan puasa pada tiga bulan dicampur dengan enam hari secara bersambungan,
Pendapat ulama tentang bulan Rejab
REJAB adalah satu bulan Islam yang disebutkan dalam hadis Rasulullah SAW. Kalimah Rejab dalam bahasa Arab bermakna mulia, dan terhormat. Tambahan pula masyarakat jahiliah sangat menghormati bulan ini.Imam Ibnu Rajab al-Hanbali dalam Lataif al-Ma'arif menyebutkan nukilan sebahagian ulama ada 14 nama untuk bulan ketujuh ini dan sebahagian lagi menyebut hingga 17 nama.Al-Hafiz Ibnu Hajar menukil penjelasan Ibnu Dihyah bahawa bentuk kata jamak daripada Rejab adalah arjaab, rajabaanat, arjabah, araajib dan rajaabil, lalu bulan ini beliau menyatakan memiliki 18 nama (lihatMuqaddimah Tabyiin ar-'Ajab).Rejab termasuk salah satu antara bulan yang memiliki kemuliaan selain Ramadan kerana ia dikira empat bulan yang haram.Kemuliaan dan kehormatannya diisyaratkan dalam firman Allah SWT yang bermaksud: Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah ialah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram. Itulah (ketetapan) agama yang lurus. Maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu, dan perangilah kaum musyrikin itu sebagaimana merekapun memerangi kamu, dan ketahuilah bahawa Allah beserta orang-orang yang bertakwa. (at-Taubah : 36).Para ulama berbeza pendapat mengapa keempat bulan tersebut dinamakan dengan bulan haram.Ada dua pendapat yang terkenal mengenai iaitu pertama, dinamakan bulan haram kerana besarnya kemuliaan dan kehormatan bulan-bulan tersebut dan besarnya pula akibat dari dosa yang dilakukan pada bulan-bulan berkenaan.Qatadah bin Diamah, seorang mufassirin (ahli tafsir) daripada kalangan tabiin ketika menjelaskan makna firman Allah dalam surah at-Taubah di atas: ...maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu..., berkata: "Amalan soleh di bulan-bulan haram lebih besar pahalanya sebagaimana perbuatan menganiaya lebih besar dosanya di bulan-bulan haram walaupun secara umum di bulan mana sahaja perbuatan menganiaya adalah dosa besar". (lihat Tafsir al-Baghawi).Faktor kedua dinamakan bulan-bulan haram kerana peperangan diharamkan pada bulan-bulan tersebut dan hal ini sudah dikenali sejak zaman jahiliah bahkan konon sejak zaman Nabi Ibrahim.Allah telah menegaskan haramnya berperang di bulan-bulan haram sebagaimana firman yang bermaksud: Mereka bertanya kepadamu (Muhammad) tentang berperang pada bulan haram. Katakanlah: "Berperang dalam bulan itu adalah dosa besar, tetapi menghalangi (manusia) dari jalan Allah, kafir kepada Allah (menghalangi masuk) Masjidil Haram dan mengusir penduduknya dan sekitarnya, lebih besar (dosanya) di sisi Allah, dan berbuat fitnah lebih besar (dosanya) daripada membunuh".(al-Baqarah: 217).Amalan dan bulan RejabPara ulama menjelaskan bahawa keempat bulan haram (Zulkaedah, Zulhijjah, Rejab, Syaaban) memiliki keistimewaan dan keutamaan berbanding bulan-bulan lain kecuali bulan Ramadan.Berikut beberapa contoh amalan yang banyak dikerjakan oleh sebahagian kaum Muslimin di bulan Rejab beserta penjelasan singkat mengenai hukumnya.l Umrah di bulan Rejab: Dalil yang digunakan untuk mengerjakan umrah adalah athar dari Ibnu Umar r.a, "Bahawa Nabi SAW pernah melaksanakan umrah sebanyak empat kali. Salah satunya pada bulan Rejab". (Riwayat Tirmizi).l Puasa sunat : Tidak ada hadis sahih marfuk yang mengkhususkan puasa sunat di bulan Rejab, kerana sebahagian ulama Salaf di antaranya Ibnu Umar, Hasan Basri dan Abu Ishak as-Sabi'i memperbanyak puasa di keseluruhan bulan haram tanpa mengkhususkan di bulan Rejab.Beberapa sahabat Rasulullah di antaranya Aisyah, Umar al-Khattab, Abu Bakrah, Ibnu Abbas dan Ibnu Umar telah mengingkari orang yang berpuasa penuh di bulan Rejab atau mengkhususkan berpuasa di bulan Rejab.Ibnu Solah berkata: "Tidak ada hadis sahih yang melarang atau menganjurkan secara khusus berpuasa di bulan Rejab, maka hukumnya sama di bulan lainnya iaitu anjuran berpuasa secara umum".Imam Nawawi berkata: "Tidak ada larangan demikian pula anjuran secara khusus berpuasa di bulan Rejab tetapi secara umum hukum asal berpuasa adalah dianjurkan".Sheikh Usaimin berkata: "Tidak ada keutamaan khusus yang dimiliki oleh bulan Rejab dibandingkan dengan bulan-bulan haram lainnya, tidak dikhususkan umrah, berpuasa, solat, membaca al-Quran bahkan sama sahaja dengan bulan haram lainnya."Semua hadis yang menyebutkan keutamaan solat atau berpuasa padanya maka darjatnya lemah yang tidak boleh dibangun di atasnya hukum syarie".Sheikh Islam Ibnu Taimiyah berkata tentang hadis-hadis keutamaan berpuasa dan solat khusus di bulan Rejab: "Semuanya dusta menurut kesepakatan para ulama".l Solat Raghaib: Solat ini jumlah rakaatnya 12 dengan enam kali salam. Biasanya dikerjakan selepas Maghrib di hari Jumaat pertama bulan Rejab.Bacaan dalam setiap rakaat selepas surah al-Fatihah adalah surah al-Qadar (tiga kali) dan surah al-Ikhlas (12 kali).Setelah solat biasanya mereka berselawat sebanyak 70 kali dan berdoa. Solat seperti ini tidak diragukan lagi termasuk solat yang bidaah kerana hadis yang menyebutnya termasuk hadis palsu sebagaimana diterangkan oleh Imam Ibnu Jauzi dalam Al-Maudhu'aat.Imam Nawawi berkata: "Segolongan para imam telah menyusun tulisan yang berharga dalam menjelaskan keburukan dan kesesatan orang mengerjakan dan melakukan bidaah. Dalil-dalil tentang keburukan, kebatilan dan kesesatan pelakunya memang banyak hingga tidak terhitung. (Syarah Sahih Muslim).l 27 Rejab (Israk dan Mikraj): Begitu juga tidak ada hadis yang sahih menentukan bila sebenarnya terjadi malam Israk dan Mikraj di bulan Rejab atau selainnya.Setiap yang menentukan waktu terjadinya malam tersebut adalah hadis lemah menurut para ulama hadis.Dilupakannya manusia akan waktu terjadinya merupakan hikmah besar yang dikehendaki oleh Allah SWT.Bahkan sekiranya ada dalil sahih yang menentukan bila terjadinya peristiwa Israk dan Mikraj, maka tidak digalakkan kaum Muslimin mengkhususkannya dengan kegiatan ibadah-ibadah tertentu dan tidak digalakkan pula merayakannya.Sebabnya, Nabi SAW dan para sahabat tidak pernah merayakannya dan tidak mengkhususkan malam tersebut dengan sesuatu kegiatan ibadah.Sekiranya perayaan tersebut disyariatkan, tentu Rasulullah telah menerangkannya kepada umatnya dan juga kepada para sahabat Baginda.Huzaifah berkata: "Setiap ibadah yang tidak dilakukan oleh para sahabat Rasulullah, maka jangan kamu beribadah dengannya".Said bin Jabir mengatakan: "Apa yang tidak dikenal oleh Ahli Badar bukanlah bahagian daripada ad-Din (agama)".Nabi SAW juga orang yang paling banyak memberi nasihat kepada manusia dan menyampaikan seluruh risalah serta telah menunaikan amanah. Seandainya memuliakan dan merayakan malam tersebut merupakan sebahagian dari ad-Din tentu Nabi SAW telah menyampaikan dan tidak akan menyembunyikannya
Allah SWT telah menyempurnakan bagi umat ini agama mereka serta mencukupkan nikmat-Nya atas mereka, dan Allah mengingkari siapa sahaja yang membuat syariat yang tidak diizinkan-Nya.Ia sebagaimana firman yang bermaksud: Pada hari ini (Arafah) telah Ku sempurnakan agama kamu, dan telah Ku cukupkan kepada kamu nikmat-Ku, dan telah Ku reda Islam itu jadi agama bagi kamu. (al-Maidah: 3)Tidak ada dalil sahih yang menganjurkan amalan khusus di bulan Rejab atau berpuasa khusus di bulannya.Oleh itu, bagi yang ingin meraih kemuliaan bulan ini hendaknya berhati-hati daripada melakukan hal-hal yang bercanggah dengan syariat agama.Kita juga perlu mengelak daripada melakukan perkara-perkara yang baharu dalam peribadatan yang menjerumuskan dirinya ke dalam bidaah yang menodai kehormatan bulan Rejab dan menjadikannya terjatuh ke dalam dosa besar.
Wallahu'alam
Wednesday, April 30, 2014
Tuesday, March 25, 2014
MH370 bersemadilah kau bersama hati yang masih tertanya
Berikut ialah kenyataan akhbar oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai perkembangan terkini penerbangan MH370 yang hilang. Beliau memaklumkan bahawa diberi taklimat oleh wakil-wakil dari Cawangan Penyiasatan Kemalangan Udara UK (AAIB) dan telah memberitahu Inmarsat, syarikat UK yang menyediakan data satelit meliputi koridor utara dan selatan, telah melakukan pengiraan lanjut terhadap data itu.
Dengan mengggunakan kaedah analisis yang belum pernah digunakan dalam sesuatu penyiasatan seumpama ini, mereka telah berjaya membuat pencerahan mengenai laluan penerbangan MH370.
Berdasarkan analisis baharu mereka, Inmarsat dan AAIB telah membuat kesimpulan bahawa MH370 terbang melalui koridor selatan, dan kedudukan terakhirnya adalah di tengah-tengah Lautan Hindi, di barat Perth.
Ini merupakan lokasi yang terpencil, jauh dari sebarang lokasi pendaratan. Justeru itu dengan perasaan sedih dan kesal yang amat sangat,beliau perlu memaklumkan anda bahawa menurut data baharu ini, penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi.........
MH370
Membuat hati masih tertanya dengan seribu soalan....
Pilu...terkilan...sedih...sebak...
Yang mungkin tiada lagi jawapannya.......
Kerana esok lusa ceritamu akan dilupakan...
Sabarlah wahai hati- hati yang bersedih
Tabahlah wahai hati-hati yang menderita
Kerana ALLAH sahaja mengetahui segalanya...

Monday, March 24, 2014
ANDAI KU BERCINTA LAGI
ANDAI KU BERCINTA LAGI ( lirik lagu) - MOJO
Kini kau tiada
Senafas pun ku perlu mencuba
Kau bawa pergi sebahagian dari jiwa raga
Bersendiri hidup umpama hilang erti
Bagaimanakah meneruskan hayat ini
Andai ku bercinta lagi suatu hari nanti
Tunjukkan di mana Ruang hati untuknya yang masih belum kau huni
Apabila tiba waktu bersemuka
Ku perlu pejamkan mata Dan memaksa lafaz cinta
Dengan bayangmu di minda
Tiada pengganti bisa hadir dan mampu menyembuh Rawan di hati
meleraikan semangat ku runtuh
Bersendiri masa umpama tak beralih
Berapa lama lagi harus ku merintih
Andai ku bercinta lagi suatu hari nanti
Tunjukkan di mana Ruang hati untuknya yang masih belum kau huni
Apabila tiba waktu bersemuka Ku perlu pejamkan mata
Dan memaksa lafaz cinta Dengan bayangmu di minda
Malam tidak berpurnama
Fajar tiada kejora
Aku hilang di dalam gelita kalbu Tanpa dirimu asaku mati
Andai ku bercinta lagi suatu hari nanti
Tunjukkan di mana Ruang hati untuknya yang masih belum kau huni
Apabila tiba waktu bersemuka Ku perlu pejamkan mata Dan memaksa lafaz cinta Dengan bayangmu di minda .............@-@
YANG PALING SEKSA IALAH CUBA MELUPAKAN SESEORANG SEDANGKAN ORANG ITU TIDAK BOLEH DILUPAKAN SAMPAI BILA-BILA....
Pergilah terbang jauh wahai sang camar....
Jangan menoleh lagi ..pergilah kemana sahaja arah tujumu
Kerana dengan itu tiada air mata yang tertumpah lagi..

Friday, February 21, 2014
Nukilan hati "Begitulah Kehidupan"
Begitulahan kehidupan
?🌏 begitulah kehidupan...
Tak selama kita di atas..dan tak selama kita di bawah...
Tak selama kita ketawa..dan tak selama kita menangis
Tak selama kita bahagia...dan tak selama kita menderita
Semua akan silih berganti..semua akan merasai putaran itu...
Banyak di lalui banyak pengalaman duka dari yg suka..
Banyak d jumpai yg tak jujur dari yg jujur
Banyak yg berpura-pura dari yg tidak berpura
Banyak yg jahat dari yg baik
Banyak yg berhati kotor dari yg baik
Banyak yg tak amanah dari yg amanah
Banyak yg ego dari yg tidak ego
Banyak yg pendendam dari yg pemaaf
Banyak yg berlakon dari yg tulus
Semua itu bergelar manusia..saya..awak..anda..kita..
Tak sikit saya..awak..anda..kita..bersih dari sifat itu...
Maka..janganlah merasa diri sempurna
Maka...janganlah merasa diri terbaik
Maka..janganlah merasa diri dianiaya
Maka...janganlah merasa diri dihukum
Semua itu adalah ujian dari NYA untuk saya..awak..anda..kita di dunia ini
Bersangka baik sesama manusia...bersangka baik pada ujian..bersangka baik pada NYA
Yang sudah berlaku...baik yg baik..baik yg buruk
Yang sudah berlaku..baik yg mulia..baik yg hina
Yang sudah berlaku..baik yg sengaja..baik yang tidak sengaja
Yang sudah berlaku..baik yg dirancang baik yang tidak
Semua ada tersurat tersirat dalam mendidik diri..hati dan iman
Baik dan buruk adalah ujianNYA
Terus berjalan walau pun payah...terus bersihkan diri dan hati walau pun banyak halangan
Berusahalah..dan terus mengejar dari NYA apa yg telah tertinggal jauh selama ini dariNYA
Merintihlah..menangislah di bawah naugan NYA agar kembali putih suci dgn hati yg bersih
Bukan sahaja d dunia ada penghidupan yg perlu difikirkan..tetapi juga ada penghidupan d SANA nanti yg perlu saya..awak..anda..kita..tempuhi
Bukan permulaan yg dilihat tetapi pengakhiran yg dilihat
Bersama menuju ampunan rahmat dari AR RAHMAN AR RAHIM NYA..
Khamis 11:00mlm@rumah ku syurgaku

Friday, February 7, 2014
Mengenal tanda -tanda c meow anda sakit
Mengenal Tanda-Tanda Kucing Sedang Sakit
Mengenal Tanda-Tanda Kucing Sedang Sakit - Part 1
Boleh dikatakan setiap jenis baka kucing mempunyai jenis penyakit yang sama, simptom-simptom yang sama serta kesan dan akibat yang sama. Setiap kucing yang sedang diserang penyakit atau yang sedang sakit akan menunjukkan reaksi dan karektor yang berlainan dari waktu sihatnya. Reaksi, karektor dan perangai yang berubah inilah yang dinamakan "Tanda-tanda Kucing Anda Sedang Sakit". Pada tajuk Kesihatan kucing secara umum ada teman senaraikan beberapa tanda-tanda kucing anda sedang sakit. Hari ini teman akan cuba menghuraikan satu persatu tanda-tanda berikut.Hilang Selera MakanMakanan merupakan perkara paling penting dalam hidup seekor kucing. Semua kucing yang sihat mempunyai selera makan yang tinggi. Kiranya kucing anda menunjukkan sikap tidak mahu makan atau pun makan terlalu sikit dari selalu, anda perlu mengambil tindakan segera dengan megenal pasti apa masalah yang sebenarnya. Kiranya anda terus membawa kucing anda ke klinik, mungkin doktor akan mengatakan kucing anda mengalami Anorexia. Anorexia ialah istilah yang digunakan oleh para veterinari untuk sejenis penyakit yang dialami kucing, yang mengakibatkan kucing anda hilang selera makan. Kucing sihat hilang selera makan ada beberapa sebab:http://radityadika.blogdetik.com/files/2010/12/kucing-persia-radit.jpgJemu dengan makanan yang sama setiap hari. (cuba pelbagaikan perisa dan sumber bahan utamanya, seperti ayam, ikan dan pelbagai jenis daging).Rindu makanan kegemarannya.(ayam rebus contohnya, setiap kucing mempunyai makanan kegemaran tersendiri)Makan yang diberi sudah rosak.(lemau, basi dan sebagainya)Ada kucing lain yang menganggunya makan(persaingan antara kucing lain).Kurang perisa makanan. (kekurangan rasa masin boleh membuat kucing kurang minat dengan makanan tersebut).Kucing anda telah keluar memburu dan memakan hasil buruannya. (Naluri kehidupan liarnya sudah bermula - ini perlu dielakkan).Tidak mengemari kedudukan tempat makannya. (cuba ubah lokasi bekas makannya).Musim mengawan/ingin mengawan/tidak dapat mengawan kerana dikurung.(hanya pada kucing yang belum dikasikan/di kembiri)Sekiranya semua faktor diatas sudah diambil kira, kemungkinan besar kucing anda sedang mengalami kesakitan atau diserang penyakit. Jika ini berlaku segera bawa kucing anda ke veterinar yang terdekat. Kucing yang sakit, hilang selera makan kerana beberapa sebab:[*]Kucing demam.[*]Kucing sukar bernafas.(tidak dapat menghidu makanan).[*]Dehidrasi(Minum air lebih dari selalu, boleh mengurangkan selera makan kucing)[*]Mengalami masalah atau penyakit di dalam mulut.[*]Mengalami masalah penyakit hati dan penyakit buah pinggang yang serius.Susah Hendak MakanHilang selera makan dan susah hendak makan ialah suatu perkara yang berbeza. Kucing susah hendak makan bukan kerana kurang selera makan tetapi sebaliknya kucing yang susah nak makan makanannya kerana kucing mengalami sakit di bahagian mulut, dalam mulut, gigi, gusi, lidah, lelangit, kerongkong serta sakit organ-organ dalamannya yang lain. Penyakit Gigi dan Gusi contohnya sering berlaku pada kucing tua. Jika perkara ini berlaku silalah rujuk pada veterinar.Penurunan Berat BadanPenurunan Berat Badan Kucing akan berlaku disebabkan 7 perkara:Parasit/KutuVirus Leukemia Kucing (Feline Leukemia Virus Disease Complex - FELV)Penyakit Usus. (Inflammatory Bowel Disease - IBC)Penyakit Hati. (Liver Disease)Kencing Manis. (Diabetes)Penyakit buah Pinggang. (Kidney Disease)Stress. (Kucing yang stress akan menyebabkan penurunan berat badannya)MuntahSetakat pengetahuan teman, kucing akan muntah disebabkan 9 perkara:Gumpalan bulu. (Hairball)Makan terlalu cepat/gopoh.Makan benda yang tidak boleh dihadam.Kerapkali menukar diet/jenis makannannya.Alergic makanan atau bahan-bahan didalam makanan.Infeksi/ Jangkitan penyakitParasit/KutuRacunSebab-sebab lain. - ada beberapa perkara lain yang menyebabkan kucing anda muntah seperti penyakit-penyakit serius. Ini akan dihuraikan lagi didalam Penyakit-Penyakit Kucing.Nota: Pastikan kucing anda tidak diberi makan sekiranya ingin membawanya berjalan jauh(travel). Kerana kucing akan muntah didalam kereta anda sekiranya diberi makan sejurus sebelum anda ingin memulakan perjalanan jauh. Ini dipanggil "Motion Sickness"Darah didalam air kencingDarah didalam air kencing kucing adalah disebabkan pelbagai penyakit yang serius atau sesuatu yang serius telah berlaku pada kucing anda. Keadaan ini di panggil 'Hematuria'. Perkara ini menakutkan para-para pembela kucing kerana hanya perkara buruk yang serius sahaja boleh menyebabkan kucing kita jadi begini. Salah satu penyebab 'Hematuri' ialah penyakit yang dipanggil " 'Feline Lower Urinary Tract Disease (FLUTD)". Sekiranya anda mendapati terdapat darah didalam air kencing kucing anda, perlulah anda risau dan membawa kucing anda kepada veterinar yang terdekat dengan segera. Perkara ini akan dijelaskan secara mendalam didalam Penyakit-Penyakit Kucing.Sukar membuang air kecilPerkara ini hanya berlaku apabila kucing anda mengalami penyakit-penyakit yang berkaitan usus kecil. Sebagai contoh, penyakit 'Feline Lower Urinary Tract Disease (FLUTD)'. Sukar membuang air kecil juga boleh menyebabkan darah didalam air kencing. Perkara ini akan dijelaskan secara mendalam didalam Penyakit-Penyakit Kucing.DemamKucing akan mengalami demam apabila tindakbalas atau reaksi tubuhnya kepada sesuatu jangkitan ataupenyakit yang menyerangnya. Suhu normal tubuh badan kucing adalah 100 - 102.5°F (37.7 - 39.1°C). Untuk menyukat/mengambil suhu badan kucing mungkin sukar kepada yang kurang mahir. Namun begitu kucing demam akan menunjukkan beberapa tanda seperti berikut :Keletihan. - kucing anda tidak aktif seperti selalu dan tidak mempedulikan permainan kegemarannya.Hilang selera makan. - kucing anda tidak mahu makan dan minum.Bernafas dengan laju secara konstan. - bernafas seperti seolah-olah sesak nafas.Menggigil. - suhu badan yang tinggi menyebabkan kucing anda tidak selesa dan boleh menyebabkan mengigil.Menunjukkan rasa sakit apabila dipegang/disentuh walaupun dipegang sentuh secara lembut.Menunjukkan sikap tiada respon atau tidak hirau akan perkara yang selalu mengambil perhatiannya. Sebagai contohnya, selalunya ia amat menggemari 'catnip' tetapi tidak apabila dia demam.TIPS KATA-KATAJagalah kucing anda sepertimana anda menjaga anak anda sendiri, kerana dengan pemerhatian dan memahami tingkahlaku kucing anda dapat mengenal pasti sebarang perubahan yang berlaku keatas kucing anda.Bersambung di Mengenal Tanda-Tanda Kucing Sedang Sakit - Part 2tykarib posted on 31-10-2013 01:19 PM
Mengenal Tanda-Tanda Kucing Sedang Sakit - Part 2Teman mohon maaf kerana lewat menyajikan kepada semua yang menunggu bila "part 2" nak keluar. Hari ni teman sambung semula tajuk yang mungkin boleh menjadi panduan kepada peminat-peminat kucing hari ini.Minum Air Berlebihan Dari Sela

Friday, January 17, 2014
Amalan nabi yang telah terbukti oleh kajian sains dan moden
Kajian moden mendapati bahawa cara atau amalan Rasulullah telah terbukti memberi manfaat disudut kesihatan dan gaya hidup. Antara amalan nabi yang telah terbukti oleh kajian moden ialah :
1. MANDI
Mandi pagi sebelum subuh, paling tidak sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak berkumpul.
2. TAFAKUR
Waktu solat subuh disunatkan kita bertafakur iaitu sujud sekurang-kurangnya seminit selepas membaca doa. Insyaallah ia dapat membantu daripada sakit pening atau migrain. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu sujud. Saintis telah menemui beberapa milimeter ruang dalam udara didalam saluran darah dikepala tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud,darah akan mengalir keruang berkenaan.
3. JILAT JARI SELEPAS MAKAN
Nabi SAW juga mengajar kita makan dengan tangan. Setelah habis makan hendaklah menjilat hujung jari( bukannya keseluruhan jari). Kajian saintifik membuktikan bahawa enzim banyak terhasil dari celahan antara kuku dan isi kita, iaitu 10 kali ganda daripada yang terdapat pada air liur.. Enzim ini amat penting untuk membantu mencernakan makanan.
4. ELAK CAMPUR MAKANAN DARAT DAN LAUT.
Didalam kitab lama ada menyebut tidak mencampurkan makanan darat dan laut. Nabi SAW pernah menegah kita makan ikan bersama susu kerana dikhuatiri akan cepat mendapat penyakit. Saintis menemui bukti, badan ayam mengandungi ion posoitif manakala ikan mengandungi ion negatif. Jika dalam suapan mengandungi daging ayam bercampur dengan ikan, maka terjadi tindak balas biokimia yang merosakkan usus kita.
Selain itu elakkan amalan buruk berikut:
a. Makan buah selepas makan berat. Elok makan buah dahulu sebelum makan nasi.
b. Tidur satu jam selepas makan tengahari. Sepanjang hayatnya nabi tidak pernah mendapat sakit perut kerana pandai menjaga diet seharian.
5. MINUM CARA NABI.
Sunnah nabi pastinya yang terbaik. Nabi kita mengamalkan minum segelas air sejuk setiap pagi iaitu air yang disimpan semalaman. Air sejuk yang dimaksudkan bukanlah yang disimpan dalam peti sejuk, tapi sejuk pada suhu bilik. Insyaallah susah kena penyakit. Rasulullah juga suka minum air sejuk dicampur dengan madu untuk tujuan amalan kesihatan. Baginda melakukan sebelum makan apa-apa pada waktu pagi. Kebaikan amalan ini dikenal pasti iaitu:
a. Menghilangkan balgham
b. Mencuci perut
c. Membuang sisa-sisa makanan yang tertinggal didalam perut yang tidak dicernakan dengan sempurna dan menolaknya keusus besar.
d. Menghilangkan senak perut dan sedu
e. Memperbaiki fungsi buah pinggang,limpa dan hati.
6. MINUMAN MANIS DAN SEJUK
Saiyyadatina Aisyah meriwayatkan " Antara banyak-banyak jenis minuman, Rasulullah SAW suka minuman manis dan sejuk".
Yang dimaksudkan minuman manis dan sejuk ialah baginda menggemari air campuran madu dan nabiz (rendaman tamar) Rasulullah pernah berdoa " Ya Allah! Kurniakanlah dengan cintamu yang lebih besar daripada cintaku kepada nyawa,harta,anak dan cintaku kepada air sejuk".
KESIMPULAN
Elakkan kombinasi makanan seperti berikut:
# SUSU + DAGING
# DAGING + IKAN
# IKAN + SUSU
# AYAM + SUSU
# IKAN + TELUR
# IKAN + DAUN SALAD
# SUSU+ CUKA
# BUAH + SUSU(Contoh

8 perkara yang membantu menguatkan ingatan
8 perkara yang membantu menguatkan ingatan ialah
1. Bersungguh-sungguh serta memberi perhatian yang sebaiknya terhadap sesuatu
2. Kurangkan makan
3. Selalu bangun sembahyang pada waktu tengah malam dan membaca al-Quran
4. Selalu bersugi
5. Minum madu lebah
6. Makan ketumbar bersama gula pasir
7. Makan 21 biji anggur merah pada setiap hari sebelum makan makanan lain di mana ia juga dapat menyembuh banyak penyakit
8. Mengurangkan ‘balgham’ dan juga makanan basah

Wednesday, January 15, 2014
BIODATA NABI MUHAMMAD S.A.W
BIODATA
Nama : Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin HashimTarikh lahir : Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenali sebagai tahun gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Ka’abah) • Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah
Nama bapa : ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim
Nama ibu : Aminah binti Wahab bin ‘Abdul Manaf
Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)
Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Sa’diah (lebih dikenali Halimah As-Sa’diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)
USIA 5 TAHUN
· Peristiwa pembelahan
dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan
bahagian syaitan yang wujud di dalamnya.
USIA 6 TAHUN
· Ibunya Aminah binti
Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa’ (sebuah kampung yang
terletak di antara Mekah dan Madinah)· Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya ‘Abdul Muttalib.
USIA 8 TAHUN
· Datuknya, ‘Abdul
Muttalib pula meninggal dunia.· Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.
USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
· Bersama bapa
saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.· Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.
USIA 20 TAHUN
· Terlibat dalam
peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di dalam kitab ‘Sirah’ , jilid 1, halaman 184-187
menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah14 atau 15 tahun. Baginda
menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak
panah sahaja.· Menyaksikan ‘ perjanjian Al-Fudhul’; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah.
USIA 25 TAHUN
· Bermusafir kali kedua
ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.· Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah..
· Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
· Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.
USIA 35 TAHUN
· Banjir besar melanda
Mekah dan meruntuhkan dinding Ka’abah.· Pembinaan semula Ka’abah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Mekah.
· Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ‘Hajarul-Aswad’ ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.
USIA 40 TAHUN
· Menerima wahyu di gua
Hira’ sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.
USIA 53 TAHUN
· Berhijrah ke Madinah
Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.
· Sampai ke Madinah
pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.
USIA 63 TAHUN
· Kewafatan Rasulullah
SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11H/ 8 Jun
632M.
Penerangan
Kelahiran
Baginda lahir dari Keturunan Quraisy (Bahasa Arab قريش). Nabi Muhammad
telah diputerakan di Makkah, pada hari Isnin, 12 Rabiulawal (20 April 571M). Ibu baginda, iaitu Aminah binti Wahab,
adalah anak perempuan kepada Wahab bin Abdul Manaf dari keluarga Zahrah.
Ayahnya, Abdullah, ialah
anak kepada Abdul Muthalib.
Keturunannya bersusur galur dari Nabi Ismail, anak kepada Nabi Ibrahim kira-kira dalam keturunan keempat puluh.
Ayahnya telah meninggal sebelum kelahiran baginda. Sementara ibunya
meninggal ketika baginda berusia kira-kira enam tahun, menjadikannya seorang anak yatim piatu. Menurut tradisi keluarga atasan Mekah, baginda telah dipelihara oleh seorang ibu angkat(ibu
susu:-wanita yang menyusukan baginda) yang bernama Halimahtus Sa'adiah
حلمة السعديه di kampung halamannya di pergunungan selama beberapa tahun. Dalam
tahun-tahun itu, baginda telah dibawa ke Makkah untuk mengunjungi ibunya.
Setelah ibunya meninggal, baginda dijaga oleh datuknya, Abdul Muthalib. Apabila
datuknya meninggal, baginda dijaga oleh bapa saudaranya, Abu Talib. Ketika inilah baginda sering kali membantu mengembala
kambing-kambing bapa saudaranya di sekitar Mekah dan kerap menemani bapa
saudaranya dalam urusan perdagangan ke Syam (Syria).
Sejak kecil, baginda tidak pernah menyembah berhala dan tidak pernah
terlibat dengan kehidupan sosial arab jahiliyyah yang merosakkan dan penuh
kekufuran
Masa remaja
Dalam masa remajanya, Nabi Muhammad percaya sepenuhnya dengan keesaan Allah. Baginda hidup dengan cara amat sederhana dan membenci
sifat-sifat angkuh dan bongkak. Baginda menyayangi orang-orang miskin, para
janda dan anak-anak yatim serta berkongsi penderitaan mereka dengan berusaha
menolong mereka. Baginda juga menghindari semua kejahatan yang menjadi amalan
biasa di kalangan para belia pada masa itu seperti berjudi, meminum minuman
keras, berkelakuan kasar dan lain-lain,
sehingga beliau dikenali sebagai As Saadiq (yang benar) dan Al Amin
(yang amanah). Baginda sentiasa dipercayai sebagai orang tengah kepada dua
pihak yang bertelingkah di kampung halamannya di Mekah.
Ketika berusia kira-kira 25 tahun, ayah saudara baginda menyarankan
baginda untuk bekerja dengan kafilah (rombongan perniagaan) yang dimiliki oleh
seorang janda yang bernama Khadijah. Baginda diterima bekerja dan
bertanggungjawab terhadap pelayaran ke Syam (Syria). Baginda mengelolakan urusniaga itu dengan penuh bijaksana dan pulang dengan keuntungan
luar biasa.
Khadijah begitu
tertarik dengan kejujuran dan watak peribadinya yang mendorong beliau untuk
menawarkan diri untuk mengahwini baginda. Baginda menerima lamarannya dan
perkahwinan mereka adalah bahagia. Mereka dikurniakan 6 orang anak (2 lelaki
dan 4 perempuan) tetapi kedua-dua anak lelaki mereka, Qasim dan Abdullah
meninggal semasa kecil. Manakala anak perempuan baginda ialah Ruqayyah, Zainab, Ummu Kalsum dan Fatimah az-Zahra. Khadijah merupakan satu-satunya isterinya sehinggalah
Khadijah meninggal pada usia 64 tahun. Seorang lagi anak baginda adalah hasil
perkahwinan baginda dengan Maria al-Qibtiyyah.
Putera baginda bersama Maria bernama Ibrahim itu juga meninggal semasa kecil.
Menurut rekod Nabi Muhammad
mempunyai 13 orang
isteri. Isteri-isteri baginda dikenali sebagai "Ummul Mukminin" yang
bermaksud "ibu orang-orang beriman".
Bapa dan ibu saudara Nabi Muhammad
· Al-Harith bin Abdul
Muttalib
· Muqawwam bin Abdul
Muttalib
· Zubair bin Abdul
Muttalib
· Hamzah bin Abdul
Muttalib
· Al-Abbas bin Abdul
Muttalib
· Abu Thalib bin Abdul
Muttalib
· Abdul Kaabah bin
Abdul Muttalib
· Hijl bin Abdul
Muttalib
· Dzirar bin Abdul
Muttalib
· Ghaidaq bin Abdul
Muttalib
· Safiyah binti Abdul
Muttalib
· 'Atikah binti Abdul
Muttalib
· Arwa binti Abdul
Muttalib
· Umaimah binti Abdul
Muttalib
· Barrah binti Abdul
Muttalib
· Ummi Hakim al-Bidha
binti Abdul Muttalib
Gua Hira tempat pertama kali Nabi hammad memperoleh wahyu.
Gua Hira tempat pertama kali Nabi Muhammad memperoleh wahyu.
Muhammad telah dilahirkan di tengah-tengah masyarakat jahiliyah. Ia
sungguh menyedihkan hatinya sehingga beliau kerapkali ke Gua Hira, sebuah gua bukit dekat Makkah, yang kemudian dikenali
sebgai Jabal An Nur untuk memikirkan cara untuk mengatasi gejala yang
dihadapi masyarakatnya. Di sinilah baginda sering berfikir dengan mendalam,
memohon kepada Allah supaya memusnahkan kedurjanaan yang kian berleluasa.
Pada suatu malam, ketika baginda sedang bertafakur di Gua Hira, Malaikat Jibril mendatangi Muhammad. Jibril membangkitkannya dan
menyampaikan wahyu Allah di telinganya. Baginda diminta membaca. Baginda
menjawab, "Saya tidak tahu membaca". Jibril mengulangi tiga kali
meminta Muhammad untuk membaca tetapi jawapan baginda tetap sama. Akhirnya,
Jibril berkata:
"Bacalah dengan menyebut nama
Tuhanmu yang menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dengan nama
Tuhanmu yang Amat Pemurah, yang mengajar manusia dengan perantaraan (menulis,
membaca). Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya."
Ini merupakan wahyu pertama yang diterima oleh Muhammad. Ketika itu baginda
berusia 40 tahun. Wahyu itu turun kepada baginda dari semasa ke semasa dalam
jangka masa 23 tahun. Siri wahyu ini telah diturunkan menurut panduan yang
diberikan Rasulullah dan dikumpulkan dalam buku bernama Al Mushaf yang
juga dinamakan Al-Quran (bacaan). Kebanyakkan ayat-ayatnya mempunyai erti
yang jelas. Sebahagiannya diterjemah dan dihubungkan dengan ayat-ayat yang
lain. Sebahagiannya pula diterjemah oleh Rasulullah sendiri melalui
percakapannya, tindakan dan persetujuan yang terkenal, dengan nama Sunnah. Al-Quran dan al Sunnah digabungkan bersama untuk menjadi
panduan dan cara hidup mereka yang menyerahkan diri kepada Allah.
Marhalah dakwah Rasulullah
Perjuangan dakwah Rasulullah yang boleh diringkaskan sebagai berikut:
· Pertama: Marhalah
Tasqif - tahap pembinaan dan pengkaderan untuk melahirkan individu-individu
yang menyakini pemikiran (fikrah) dan metod (thariqah) parti
politik guna membentuk kerangka gerakan.
· Kedua: Marhalah
Tafa’ul ma’al Ummah - tahap berinteraksi dengan umat agar umat turut sama
memikul kewajiban dakwah Islam, sehingga umat akan menjadikan Islam sebagai panduan
utama dalam hidupnya serta berusaha untuk menerapkannya dalam kehidupan
bernegara dan bermasyarakat.
· Ketiga: Marhalah
Istilamil Hukmi - tahap pengambilalihan kekuasaan, dan penerapan Islam secara
utuh serta menyeluruh, lalu mengembangkannya sebagai risalah Islam ke seluruh
penjuru dunia.
Thalabun Nusrah
Thalabun Nusrah adalah detik bersejarah yang dapat dinukil didalam kitab
sirah dan merupakan satu aktiviti penting dalam marhalah kedua perjuangan
Rasulullah Lestari atau tidaknya dakwah ditentukan olehnya kerana
keberlangsungan dakwah memerlukan dua aspek penting:-
· Pertama, untuk
mendapatkan perlindungan (himayah) sehingga tetap dapat melakukan aktiviti
dakwah dalam keadaan aman dan terlindung.
· Kedua, untuk mencapai
tampuk pemerintahan dalam rangka menegakkan Daulah Islamiyah (Negara Islam) dan menerapkan hukum-hukum berdasarkan apa
yang telah diturunkan Allah SWT dalam kehidupan bernegara dan bermasyarakat.
Cabaran-cabaran
Apabila Rasulullah menyeru manusia ke jalan Allah, tidak ramai yang
mendengar seruannya. Kebanyakkan pengikut baginda adalah dari anggota
keluarganya dan dari golongan masyarakat bawahan, Antara mereka ialah Khadijah, Ali, Zayd dan Bilal. Apabila baginda memperhebat kegiatan dakwahnya dengan
mengumumkan secara terbuka agama Islam yang disebarkannya, dengan itu ramai yang mengikutnya.
Tetapi pada masa, baginda menghadapi berbagai cabaran dari kalangan bangsawan
dan para pemimpin yang merasakan kedudukan mereka terancam. Mereka bangkit
bersama untuk mempertahankan agama datuk nenek mereka.
Semangat penganut Islam meningkat apabila sekumpulan kecil masyarakat yang dihormati di Makkah menganut agama Islam. Antara mereka ialah Abu Bakar, Uthman bin Affan, Zubair bin Al Awwam, Abdul Rahman bin Auf, Ubaidillah bin
Harith, Amr bin Nufail dan ramai lagi.
Akibat cabaran dari masyarakat jahiliyah di Mekah, sebahagian orang
Islam disiksa, dianiaya, disingkir dan dipulaukan. Baginda terpaksa bersabar
dan mencari perlindungan untuk pengikutnya. Baginda meminta Negus Raja Habsyah, untuk membenarkan orang-orang Islam berhijrah ke
negaranya. Negus mengalu-alukan ketibaan mereka dan tidak membenarkan mereka
diserah kepada penguasa di Makkah.
Hijrah
Di Makkah terdapat Kaabah yang telah dibina oleh Nabi Ibrahim a.s. beberapa abad lalu sebagai pusat penyatuan umat untuk
beribadat kepada Allah. Sebelumnya ia dijadikan oleh masyarakat jahiliyah
sebagai tempat sembahyang selain dari Allah. Mereka datang dari berbagai daerah
Arab, mewakili berbagai suku ternama. Ziarah ke Kaabah dijadikan mereka sebagai
sebuah pesta tahunan. Orang ramai bertemu dan berhibur dengan kegiatan-kegiatan
tradisi mereka dalam
kunjungan ini. Baginda mengambil peluang ini untuk menyebarkan Islam. Antara
mereka yang tertarik dengan seruan baginda ialah sekumpulan orang dari Yathrib. Mereka menemui Rasulullah dan beberapa orang Islam dari
Mekah di desa bernama Aqabah secara
sembunyi-sembunyi. Setelah menganut Islam, mereka bersumpah untuk melindungi
Islam, Rasulullah dan orang-orang Islam Mekah.
Tahun berikutnya, sekumpulan masyarakat Islam dari Yathrib datang lagi
ke Makkah. Mereka menemui Rasulullah di tempat yang mereka bertemu sebelumnya.
Kali ini, Abbas bin Abdul Muthalib, pakcik baginda yang belum menganut Islam hadir
dalam pertemuan itu. Mereka mengundang baginda dan orang-orang Islam Mekah
untuk berhijrah ke Yathrib. Mereka berjanji akan melayani mereka sebagai
saudara seagama. Dialog yang memakan masa agak lama diadakan antara mayarakat
Islam Yathrib dengan pakcik Rasulullah untuk memastikan mereka sesungguhnya
berhasrat mengalu-alukan masyarakat Islam Mekah di bandar mereka. Rasulullah
akhirnya bersetuju untuk berhijrah beramai-ramai ke bandar baru itu.
Mengetahui ramai masyarakat Islam merancang meninggalkan Makkah, masyarakat jahiliyah Mekah cuba menghalang
mereka. Namun kumpulan pertama telahpun berjaya berhijrah ke Yathrib. Masyarakat jahiliyah Mekah bimbang hijrah ke Yathrib akan
memberi peluang kepada orang Islam untuk mengembangkan agama mereka ke
daerah-daerah yang lain.
Hampir dua bulan seluruh masyarakat Islam dari Makkah kecuali
Rasulullah, Abu Bakar, Ali dan beberapa orang yang daif, telah berhijrah. Masyarakat
Mekah kemudian memutuskan untuk membunuh baginda. Mereka merancang namun tidak
berjaya. Dengan berbagai taktik dan rancangan yang teratur, Rasulullah akhirnya
sampai dengan selamat ke Yathrib, yang kemudian dikenali sebagai, 'Bandar
Rasulullah'.
Madinah
Di Madinah, kerajaan Islam diwujudkan di bawah pimpinan Rasulullah
Umat Islam bebas mengerjakan solat di Madinah. Musyrikin Makkah mengetahui akan perkara ini
kemudiannya melancarkan beberapa serangan ke atas Madinah tetapi kesemuanya
ditangkis dengan mudah oleh umat Islam. Satu perjanjian kemudiannya dibuat
dengan memihak kepada pihak Quraish Makkah. Walau bagaimanapun perjanjian itu
dicabuli oleh mereka dengan menyerang sekutu umat Islam. Orang Muslim pada ketika ini menjadi semakin kuat telah membuat
keputusan untuk menyerang musyrikin Makkah memandangkan perjanjian telah dicabuli.
Pembukaan Kota Makkah
Pada tahun kelapan selepas penghijrahan ke Madinah berlaku, Nabi
Muhammad berlepas ke Makkah. Tentera Islam yang seramai 10,000 orang tiba di
Makkah dengan penuh bersemangat. Takut akan nyawa mereka terkorban, penduduk
Makkah bersetuju untuk menyerahkan kota Makkah tanpa sebarang syarat. Nabi
Muhammad kemudian mengarahkan supaya kesemua berhala dan patung-patung di
sekeliling Kaabah dimusnahkan.
Meneladani perbuatan Rasulullah
Perbuatan-perbuatan yang dilakukan Rasulullah dibagi menjadi dua macam.
Ada yang termasuk perbuatan-perbuatan jibiliyah, iaitu perbuatan yang dilakukan
manusia secara fitri, dan ada pula perbuatan-perbuatan selain jibiliyah.
Perbuatan-perbuatan jibiliyah, seperti berdiri, duduk, makan, minum dan lain
sebagainya, tidak ada perselisihan bahawa status perbuatan tersebut adalah
mubah (harus), baik bagi Rasulullah maupun bagi umatnya. Oleh kerana itu,
perbuatan tersebut tidak termasuk dalam kategori mandub (sunat).
Sedangkan perbuatan-perbuatan yang bukan jibiliyah, boleh jadi termasuk
dalam hal-hal yang ditetapkan khusus bagi Rasulullah, dimana tidak seorang pun
diperkenankan mengikutinya (haram); atau boleh jadi tidak termasuk dalam
perbuatan yang diperuntukkan khusus bagi beliau. Apabila perbuatan itu telah ditetapkan
khusus bagi Rasulullah, seperti dibolehkannya beliau melanjutkan puasa pada
malam hari tanpa berbuka, atau dibolehkannya menikah dengan lebih dari empat
wanita, dan lain sebagainya dari kekhususan beliau; maka dalam hal ini kita
tidak diperkenankan mengikutinya. Sebab, perbuatan-perbuatan tersebut telah
terbukti diperuntukkan khusus bagi beliau berdasarkan Ijmak Sahabat. Oleh kerana itu tidak dibolehkan meneladani
beliau dalam perbuatan-perbuatan semacam ini.
Akan halnya dengan perbuatan beliau yang kita kenal sebagai penjelas
bagi kita, tidak ada perselisihan bahawa hal itu merupakan dalil. Dalam hal ini
penjelasan tersebut boleh berupa perkataan, seperti sabda beliau:
صَلُّوْا كَمَا رَأَيْتُمُوْنِيْ أُصَليِّ
“Solatlah kalian sebagaimana kalian melihat aku solat”
“Solatlah kalian sebagaimana kalian melihat aku solat”
خُذُوْا عَنِّيْ مَنَاسِكَكُمْ
"Laksanakan manasik hajimu berdasarkan manasikku (apa yang telah aku kerjakan)"
"Laksanakan manasik hajimu berdasarkan manasikku (apa yang telah aku kerjakan)"
Hadis ini menunjukkan bahawa perbuatan beliau merupakan
penjelas, agar kita mengikutinya. Penjelasan beliau bisa juga berupa qaraain al
ahwal, yakni qarinah/indikasi yang menerangkan bentuk perbuatan, seperti
memotong pergelangan pencuri sebagai penjelas firman Allah SWT:
فَاقْطَعُوا أَيْدِيَهُمَا
"Maka potonglah tangan keduanya." (Surah Al-Maidah : 38)
"Maka potonglah tangan keduanya." (Surah Al-Maidah : 38)
Status penjelas yang terdapat dalam perbuatan Rasulullah, baik berupa
ucapan maupun indikasi yang menerangkan bentuk perbuatan, dapat mengikuti hukum
apa yang telah dijelaskan, apakah itu wajib, haram, mandub(sunat) atau
mubah(harus) sesuai dengan arah penunjukan dalil.
Sedangkan perbuatan-perbuatan beliau yang tidak terdapat di dalamnya
indikasi yang menunjukkan bahawa hal itu merupakan penjelas, bukan penolakan
dan bukan pula ketetapan. Maka dalam hal ini perlu diperhatikan apakah di
dalamnya terdapat maksud untuk bertaqarrub (mendekatkan diri kepada Allah) atau
tidak. Apabila di dalamnya terdapat keinginan untuk bertaqarrub kepada Allah
maka perbuatan itu termasuk mandub(sunat), di mana seseorang akan mendapatkan
pahala atas perbuatannya itu dan tidak mendapatkan balasan jika
meninggalkannya. Misalnya Solat Duha. Sedangkan jika tidak terdapat di dalamnya
keinginan untuk bertaqarrub, maka perbuatan tersebut termasuk mubah(harus).
Pesanan terakhir Rasulullah SAW (Isi khutbah terakhir Rasulullah SAW
Ketika Rasulullah mengerjakan ibadah haji yang terakhir, maka pada 9
Zulhijjah tahun 10 hijarah di Lembah Uranah, Bukit Arafah, baginda menyampaikan
khutbah terakhirnya di hadapan kaum Muslimin, di antara isi dari khutbah
terakhir Rasulullah itu ialah:
"Wahai manusia,
dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku
dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah
dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak
dapat hadir disini pada hari ini.
"Wahai manusia,
sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa
dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang
diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti
sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa
sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di
atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan
yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.
"Berwaspadalah
terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk
menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu
tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.
"Wahai manusia
sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke
atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka
juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang. Layanilah
wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana
sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu
atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu
tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
"Wahai manusia,
dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim
adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang
pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.
"Ingatlah,
bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan
diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan
sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
"Wahai manusia,
tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama
baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku
yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu
dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya,
nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur'an dan Sunnahku.
"Hendaklah
orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain.
Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus
mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan
risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu."
Kronologi perkembangan Islam
· 570M- Nabi Muhammad dilahirkan.
· 610M- Nabi Muhammad menerima wahyu pertama di Gua Hira'.
· 619M- Khadijah (isteri
nabi) dan Abu Talib (bapa saudara nabi)
meninggal dunia. Melawat Taif. Peristiwa Isra dan Mi'raj berlaku.
· 621M- Baiat Aqabah 1
· 622M- Baiat Aqabah 2. Hijrah ke Madinah. Daulah Islamiyah dibina.
· 624M- Perang Badar.
· 625M- Perang Uhud.
· 627M- Perang Ahzab.
· 628M- Perjanjian Hudaibiyah.
· 629M- Perang Khaibar dan
dalam menentang tentera Rom Byzantine, baginda menghantar tentera Islam dalam Perang Mu'tah.
· 630M- Pembukaan Makkah. Perang Hunain.
· 631M- Perang Tabuk.
· 632M- Kewafatan Nabi Muhammad Perlantikan Saidina Abu Bakar sebagai khalifah.
Subscribe to:
Posts (Atom)