Tuesday, March 25, 2014

MH370 bersemadilah kau bersama hati yang masih tertanya

 Berikut ialah kenyataan akhbar oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai perkembangan terkini penerbangan MH370 yang hilang. Beliau memaklumkan bahawa diberi taklimat oleh wakil-wakil dari Cawangan Penyiasatan Kemalangan Udara UK (AAIB) dan telah memberitahu   Inmarsat, syarikat UK yang menyediakan data satelit meliputi koridor utara dan selatan, telah melakukan pengiraan lanjut terhadap data itu.
Dengan mengggunakan kaedah analisis yang belum pernah digunakan dalam sesuatu penyiasatan seumpama ini, mereka telah berjaya membuat pencerahan mengenai laluan penerbangan MH370.

Berdasarkan analisis baharu mereka, Inmarsat dan AAIB telah membuat kesimpulan bahawa MH370 terbang melalui koridor selatan, dan kedudukan terakhirnya adalah di tengah-tengah Lautan Hindi, di barat Perth.

Ini merupakan lokasi yang terpencil, jauh dari sebarang lokasi pendaratan. Justeru itu dengan perasaan sedih dan kesal yang amat sangat,beliau perlu memaklumkan anda bahawa menurut data baharu ini, penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi.........

MH370
Membuat hati masih tertanya dengan seribu soalan....
Pilu...terkilan...sedih...sebak...
Yang mungkin tiada lagi jawapannya.......
Kerana esok lusa ceritamu akan dilupakan...

Sabarlah wahai hati- hati yang bersedih
Tabahlah wahai hati-hati yang menderita
Kerana ALLAH sahaja mengetahui segalanya...

No comments:

Post a Comment