Sunday, February 19, 2017

Gara sebuah kata



_*.. Seekor Kerbau yang BAIK mati hanya kerana gara-gara sebuah kata-kata...*_

*_1. Sepulang dari sawah, Kerbau terus terbaring di kandang dengan wajah penat dan nafas yang berat. Kerbau berkata pada Anjing yang kebetulan datang :_*

*_"kawan, saya sangat penat.... besok nak rehat sehari suntuk..."_*

*_2. Anjing bejumpa Kucing di sudut tembok :_*

*_"Tadi saya berjumpa Kerbau, katanya besok dia ingin berehat dulu. saya rasa sudah sepatutnya, sebab bos bagi kerja yang terlalu berat kepada Kerbau"_*

_*3. Kucing kemudian bercerita kepada Kambing :*_

_*"Kerbau komplain bos bagi kerja terlalu banyak dan berat, jadi besok dia tidak mahu kerja!"*_

_*4. Kambing berjumpa Ayam*_

_*"Khabarnya Kerbau tidak seronok bekerja dengan bos... mungkin ada bos lain yang lebih baik..."*_

*_5. Ayam bercerita kepada Monyet :_*

*_"Kerbau tak akan kerja untuk bos lagi dan ingin mencari kerja di tempat bos yang lain!"_*

*_6. Ketika makan malam, Monyet berjumpa bos :_*

_*"Bos, tolong ajar si Kerbau tu, akhir-akhir ini dia telah berubah. Dia ingin meninggalkan bos untuk bekerja dengan bos lain!"*_

_*7. Mendengar ucapan Monyet, bos terus bunuh Kerbau kerana dilihat telah mengkhianatinya!*_

_*Itulah sebabnya, adakala sesuatu ucapan itu sebaiknya berhenti hanya sampai di telinga kita sahaja. Hendaklah difikirkan baik-baik tentang risiko, manfaat dan akibatnya sekiranya ucapan itu diteruskan.*_

_*Untuk renungan SAHABAT bersama....*_

#SalamUkhuwah

Tahu tak..? mengapa perempuan yang dulunya lembut bila berkata-kata, baik hati, suka bantu  dalam banyak perkara kini berubah menjadi seorang yang kasar bila bercakap ?
marah marah bila kau bertanya?
Cuba lah mendalami hati mereka ni, kau tak faham sebenar
nya mereka mempunyai hati yang lembut selamanya, dan memang tiada niat pun untuk berkasar, tapi semua itu sebab kerap disakiti, dan itu lah sebab mengapa semua dah berubah.

Kerana selalu disakiti....



Belajarlah




Satu hari, seorang guru sekolah menulis di papan hitam:

9 × 1 = 7
9 × 2 = 18
9 × 3 = 27
9 × 4 = 36
9 × 5 = 45
9 × 6 = 54
9 × 7 = 63
9 × 8 = 72
9 × 9 = 81
9 × 10 = 90

Apabila dia telah selesai, dia memandang kepada pelajarnya, dan mereka semua ketawa pada beliau. kerana jawapan yang pertama itu yang merupakan jawapan yang salah.

Kemudian guru itu berkata,
" Saya menulis jawapan pertama itu salah dengan sengaja.. kerana saya mahu anda untuk belajar sesuatu yang penting. "

"Ini adalah untuk memberitahu anda bahawa bagaimana dunia di luar sana akan melayan anda. "

"Anda boleh lihat yang saya tulis dengan TEPAT sekali untuk 9 jawapan yang lain, tetapi tiada seorang pun yang mengucapkan tahniah kepada saya untuk itu! "

Anda semua ketawa dan mengkritik saya kerana satu perkara salah yang saya lakukan.

Jadikan ini suatu pelajaran..

"Dunia tidak akan menghargai kebaikan yang kita buat walaupun  sejuta kali, tetapi akan mengkritik anda jika hanya sekali sahaja kesilapan yang kita buat.."