Tuesday, December 11, 2012

Pilunya rasa

Terkadang kita tidak mampu lagi meluahkan apa yang kita rasa..jalannya hanya ALLAH sahaja tempat kita mengadu dan luahkan...kerana  DIA lah juga penjaga hati dan pendamping kita susah atau senang gembira atau duka...kuatkan hati ini

Friday, December 7, 2012

5S :) SISIH SUSUN SAPU SERAGAM DAN SENTIASA AMAL


Di pejabat saya kini semua unit dan individu tengah bertungkus lumus untuk 5S yang dahulu Selerak,Selekeh,Sepah,Sepak dan Sentiasa amal...hikhik dan kini 5S yang berwajah baru kerana telah di Sisih,Susum,Sapu,Seragam dan sentiasa amal.. bila adanya 5S permulaanya biasanya semua orang akan mengeluh dan mesti kata tak de kerja lah buat benda macam ni..ingat tak de kerja lain ke..memang bila mula sesuatu perkara baru agak susah dan payah, tapi bila dah mula sikit demi sikit dan sentiasa amal dan buat maka hasilnya amat membantu diri kita sendiri hakikatnya, meja jadi kemas, sistematik, tiada lipas atau tikus dalam laci meja , tiada jualan kasut atau  tupperware dalam atau bawah meja hikhik..jangan marah  :) .yang penting kedudukan alat tulis dan keperluan kerja lain teratur dan mudah untuk kita membuat kerja dengan lancar dan berkesan. 5S ini bukan sahaja diamalkan di pejabat sahaja tetapi boleh diterapkan dirumah kita.  Perasan tak kadang-kadang di rumah kita..macam- macam ada.. yang paling best dalam almari pakaian kan terutama wanita, serabut pula tengok, jadi sentiasalah amalkan 5S di rumah kerana ia memamg banyak membantu mewujudkan persekitaran yang selesa dan aman barulah jadi " Rumahku syurgaku..." hanya ingat Seiton je sebab macam nama kakak kat tempat lama yang bossnya memangil siETON... :) winduu PEACE..

Thursday, December 6, 2012

RINDU PADA e-GERAK PPD Mersing

Sampai ke hari ini saya sentiasa dan dah terbiasa membuka laman web PPD Mersing dan terus ke e-GERAK untuk melihat rakan sepejabat saya sihat atau tidak, ada di mana, bekerja luar atau pejabat.. mudahnya ada teknologi dan dunia tanpa sempadan ini, memberikan kita lebih kebaikan dan kemudahan bagi sesiapa yang ingin mencari kebaikannya,bagi yang ingin mencari kegilaan dan kejahatan dari dunia tanpa sepadan ni pun terpulang pada kemahuan dan pegangan masing-masing, jangan salahkan dunia maju dunia tanpa sempadan kerana baik buruk adalah pilihan kita...tangan,hati dan minda kita..setiap kejadian setiap yang wujud ada kelebihan dan kekurangan, kebaikan dan keburukan ..pilih lah mana jalan dan jangan salahkan sesiapa kerana tiada siapa yang memaksa kerana kita merdeka bukan di paksa kan.... dengan e-GERAK saya sentiasa berhubung dengan rakan di sana..walau saya tak kerap telefon atau tiada bukan bermakna saya lupa, bila tengok e GERAK ada rakan yang mc atau sakit baru saya bertanya khabar dari teman lain atau orangnya sendiri...pada kakak kesayanganku,adik kesayanganku,abang kesayanganku, pegawai-pegawai yang sporting ,saya tak pernah lupa semua disana..insyallah panjang umur ada rezeki saya akan kesana..nanti layan saya macam VVIP tau...hikhik..  : )

Wednesday, December 5, 2012

MEMOTONG KUKU CARA ISLAM


5 Disember 2012..kejap je dah 5 haribulan..kerja dah selesai buat sementara waktu kerja tengah takde pada duduk sahaja pada melayan perasaan mata yang mengantuk ni saya nak kongsi artikel lama yang saya simpan ni masa tempat kerja lama...rasa rindu dekat tempat kerja lama sebab hari jumaat sama-sama wajib membaca alquran, terjemahan dan ada tazkirah walau sekejap tapi cukup bermakna kerana dilakukan rutin tiap minggu.. artikel ini pun di ambil dari pegawai saya bernama En. Nor azmi, harap dia sihat dari demam, saya copy paste tazkirah beliau.
 
Perlu Diketahui Bahawa Memotong Kuku Adalah  Amalan Sunat.

Berkata Saidatina Aisyah Bermaksud:

Sepuluh perkara dikira sebagai fitrah iaitu memotong misai, memelihara janggut, bersugi, memasukkan air ke hidung, memotong kuku, membasuh sendi-sendi, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu ari-ari, bersuci dengan air (beristinja),
berkata Zakaria:
Aku lupa yang ke-10 kecuali berkumur.
(Riwayat Muslim).

 Dari Anas Bin Malik Bermaksud:


Sudah ditentukan waktu kepada kami memotong misai, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan mencukur bulu ari-ari agar kami tidak membiarkannya lebih daripada 40 malam.
( Riwayat Muslim).

Menurut Imam Shafie:

Sunat memotong kuku

sebelum mengerjakan solat Jumaat sepertimana disunatkan mandi, bersugi, berharuman, berpakaian kemas sebelum ke masjid.
Berkata Abu Hurairah R.A. Bermaksud:

Nabi Muhammad S.A.W. memotong kuku dan menggunting misai pada hari Jumaat sebelum baginda keluar untuk bersembahyang.
(Riwayat al-Bazzar dan al-Tabrani

Rasulullah S.A.W. Bersabda Bermaksud:
Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat, bersugi, memotong kuku, berwangian jika memilikinya dan memakai pakaian yang terbaik, kemudian keluar rumah hingga sampai ke masjid, dia tidak melangkahi orang yang sudah bersaf, kemudian mengerjakan sembahyang apa saja (sembahyang sunat), dia diam ketika imam keluar (berkhutbah) dan tidak berkata-kata hingga selesai mengerjakan sembahyang, maka jadilah penebus dosa antara Jumaat itu dan Jumaat sebelumnya.
(Riwayat Ahmad).


Memotong kuku bukan sebarang potong tapi ada kaedahnya. Walaupun ia hanya kuku tapi ia adalah sebahagian dari badan kita yang perlu kita hormati.

Misalnya, memotong kuku ada adabnya iaitu:
 Adab memotong mengikut  turutan jari.

 Adab memotong mengikut hari.
 Adab membuang kuku

Adab Memotong Kuku:
Mulakan memotong kuku dengan Bismillah dan Selawat Nabi .

 Potong bermula dengan jari telunjuk sebelah kanan sampai habis tangan kanan,
 Kemudian jari kelingking sebelah kiri sampai ibu jari tangan kiri ,

 Dan akhir sekali ibu jari tangan kanan


Adab Memotong Kuku:
Kalau kaki pula, mulakan dengan jari kelingking kaki kanan sampai kelingking kaki kiri.

 Itulah sunnah yang paling kuat dipegang selama ini walaupun ada banyak khilafnya.

 Adab Memotong Kuku Mengikut Hari:

RASULULLAH S.A.W bersabda yang ertinya:-
Barang siapa yang mengerat kukunya pada

Hari Sabtu:
Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit

Hari Ahad :
Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan.

 Hari Isnin :
Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat

Hari Selasa:
Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit

Hari Rabu :

 Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.
Hari Khamis :
Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.

 Hari Jumaat :
Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.

Adab Membuang Kuku:

 Buanglah kuku pada tempat yang bersih.

 - eloklah buang ke tanah kerana kita juga adalah unsur tanah, bukannya buang dimerata tempat seperti di dalam tong sampah sekalipun tong sampah itu bersih.

 Sekian untuk perkongsian bersama