Nak kongsi tentang apa yang saya dengar dengan khusuknya semalam..sampai terasa nak ada baby je huuu... semalam ceramah oleh Puan Siti Mariam Ali dari Pusat Lantasi Kebangsaan.
Pn.Siti menerangkan apa pentingnya memberi susu ibu,teknik penyusuan, pengurusan yang bijak dalam menyimpan stok susu dan memberi maklumat pelabelan plastik plastik yang kita gunakan seharian yang kita tidak sedar.....
Pertama..wahh karangan ni ,Pn.Siti bertanyakan adakah disini semua menyusukan bayinya...haa mau seram sejuk bila dia bertanya begitu mana takkan yang pergi semua para ibu dan para bapa ..saya yang mengada-ngada terikutt hikhik...Ini apa yang saya dengar dengan penuh semangat sambil sambil mencatit untuk rujukan masa akan datang :). Saya catatlah sikit sikit apa yang saya dengar ni ya...
Faedah Susu Ibu kepada bayi dan ibu
Memang sah terbukti ia sebagai makanan yang palinggggg berkhasiat yang memang tidak boleh dibandingkan dengan sebarang susu tepung dalam pasaran.
Susu ibu dapat mengelakkan bayi daripada cirit birit dan sembelit
Susu ibu bersih, mudah di sedikan..cutt je kat mulut bayi hikhik sambil baring pun boleh..masa nilah boleh bagi alasan kat para en.suami tolong buat apa yang patut seperti mengemas rumah ke,membasuh pingan manggkuk kee..untuk ibu berehat sebentar bersama bayi anda kata Pn.Siti
Susu ibu mengandungi kandungan dalam kuantiti semasa mengikut keperluan bayi, mengandungi antibodi untuk tumbesaran bayi, mengelakkan bayi dari bakteria dan alergi
Yang paling penting dengan menyusukan bayi kita dapat membina hubungan psikologi antara ibu dan anak, kajian menunjukan ibu yang menyusukan anak sampai umur 2 tahun dengan ikhlas dan kasih sayang akan mewujudkan pertalian yang akrab dan mesra hingga kebesar..
Susu ibu sebenarnya bgawa banyak sangat faedah sendiri kepada ibu yang menyusukan kerana ibu itu sendiri yang dapat faedah.pss pujuk para ibu yang tidak mahu menyusukan anak..bila bayi menyusu ibu akan dapat mengembalikan bentuk badan mereka yang asal dengan lebin cepat, mengurangkan ketegangan buah dada, mengelakan kesakitan yang dialami oleh ibu selepas bersalin dan uterus ibu akan pulih cepat...dan paling penting dapat menjimatkan wang dan ekonomi kita
Teknik Penyusuan ibu yang betul
Nahhh sini saya copy je lah dari penceramah tu punyer bahan..nak terangkan dengan cara sendiri takut tak faham yang membacanya..hikhik maklum tak de pengalaman
Untuk memastikan kejayaan penyusuan susu ibu, bayi perlu diletakkan dengan betul ke payu dara ibu. Biasanya, posisi dan cara meletakkan bayi ke payu dara datang secara semulajadi tetapi terdapat ibu dan bayi yang memerlukan masa dan latihan. Untuk melakukan dengan betul berikut adalah langkah - langkah yang boleh membantu:
- Posisi
- Pelekapan
- Tanda-tanda pelekapan yang salah
- Penilaian samada bayi menyusu dengan baik
Posisi
- Pegang bayi rapat ke arah badan dan payu dara ibu.
- Pastikan kepala dan badan bayi lurus.
- Ampu bahagian belakang dan punggung bayi dengan kemas.
- Anda boleh memegangnya dengan berbagai cara asalkan anda merasa selesa.
| |
| |
Pelekapan
|
|
| |
|
Tanda-tanda pelekapan yang salah
Jika penyusuan berjalan lancar, puting ibu tidak mudah cedera kerana puting berada jauh ke dalam mulut bayi. Kebanyakan masalah yang dialami ibu adalah kerana posisi dan cara pelekapan yang tidak betul. Berikut adalah tanda - tanda pelekapan yang tidak betul dan boleh mengakibatkan masalah semasa penyusuan:
- Puting kelihatan leper semasa dikeluarkan dari mulut bayi selepas penyusuan.
- Rasa sakit di puting semasa dan selepas penyusuan.
- Payu dara mungkin bengkak.
- Susu tidak dikeluarkan dengan berkesan.
|
Penilaian samada bayi menyusu dengan betul
Gambar ini menunjukkan bayi menyusu dengan cara yang betul
- Mulut bayi terbuka luas.
- Dagu bayi menyentuh payu dara.
- Bibir bawah bayi bergulung keluar.
- Hidung bayi terletak pada payu dara dan bayi boleh bernafas.
- Bayi menghisap, berhenti sejenak dan menghisap semula. Hisapan secara perlahan dan dalam.
- Ibu boleh mendengar bunyi bayi menelan susu.
|
Pengurusan stok susu ibu
Pengurusan stok susu ibu yang berkesan..ni untuk ibu ibu yang bekerja tapi ada semangat nak beri susunya kepada bayi tersayang..kasih sayang yang tidak terhingga seorang ibu...peaceee..tiba-tiba teringat arwah mak..sob sob.. : (
Pn.Siti menasihatkan dan mengingatkan..untuk menyimpan susu ibu bila sudah bekerja bukan dilakukan seminggu atau dua tiga hari sebelum mula bekerja kembali..tetapi hendaklah dilakukan tiga minggu awal sebelum melangah kaki bekerja..dengan perancangan dan pengurusan yang betul maka tidak perlu risau dengan susu yang tiada stok yang membuat kita jadi panik dan boleh stress hingga menyebabkan keluaran susu pun terganggu akibat stress sendiri carik..hikhik so buatlah perancangan awal ya ...sebab susu ibu ni boleh tahan alam kalau di bekukan..so tak perlu risau..yang penting stok sentiasa ada kan..
Cara nak simpan stok kaedah nya ada dua cara pertama melalui picitan jari sendiri dan melalui penggunaan pam..terpulang kepada kemampuan, kemahuan dan keselesaan masing - masing
Kaedah memerah susu:
- Basuh tangan dengan air dan sabun.( pastikan tangan bersih sebersih-bersihnya sebab pada tanganlah banyak bakteria oleh itu basuh tangan ni di kategorikan wajiblah ya )
- Perah di tempat yang bersih, tenang,selesa ditempat yang tertutup seperti di surau atau tempat khas
- Fikirkan perkara yang indah untuk merangsang refleks pengaliran susu .(pn.siti memaklumkan cara ini amat berkesan untuk melancarkan pengaliran susu dengan banyak)
- Tuam panas payudara 3-5 minit sebelum memerah.
- Urut payudara perlahan-lahan.
- Duduk dengan selesa, pegang bekas tadahan dekat dengan payudara.
- Pegang payudara dengan meletakkan tiga jari untuk menampung payudara, ibu jari di bahagian atas aerola dan jari telunjuk di bahagian bawah.
- Tekan payudara ke arah dada dengan ibu jari, jari telunjuk dan jari tengah serentak, sambil menekan tampok hitam.( Di sini kebayakkan para ibu salah teknik kerana Pn.Siti berkata para ibu kebanyakkan memicit puting sahaja bukan bahagian aerola ..itu menyebabkan boleh menjadi luka dan menyakitkan)
- Perah ke dalam bekas bersih/steril.
- Ulang beberapa kali.
- Perah setiap 5-10 minit.
- Setelah selesai memerah, sapukan beberapa titik susu ke puting dan keringkan puting.
Cara penyimpanan susu:
Pemilihan tempat penyimpanan bergantung kepada tempoh penyimpanan seperti di dalam jadual di bawah:
Tempat | Bayi Normal | Bayi Pra Matang |
Suhu Bilik | 4-8 jam | Tidak disyorkan |
Peti Sejuk | 48-72 jam | 24 jam |
Pembeku (2 pintu) | 3 bulan | 3 bulan |
Pembeku (-20C) | 1 tahun | 1 tahun |
- Pastikan kuantiti susu mencukupi untuk sekali penyusuan.
- Simpan dalam bekas yang bersih dan bertutup.
- Labelkan bekas dengan menyatakan tarikh dan masa pemerahan.
- Simpan dalam peti sejuk.
- Jika susu ingin dibekukan, pastikan bekas simpanan susu tidak terlalu penuh.
TIPS UNTUK MELABELKAN SUSU IBU( STOK didalam freezer)
1. Simpan perahan susu ibu dalam bekas yang bersih dan bertutup.
2. Tuliskan tarikh dan masa perahan di setiap bekas simpanan susu.( Bila menyimpan stok pastikan tarikh terdahulu yang lebih lama dinaikan/diletakan di atas supaya boleg di habiskan dahulu.
3. Susu ibu tidak boleh dimasak. Panaskan dengan merendam bekas susu ke dalam air suam.
4. Baki susu perahan yang telah dipanaskan tidak boleh disimpan semula.
Sekian terima kasih, itu lah perkongsiaan ilum yang sangat saya berikan perhatian semasa ceramah huuu..hope dapat membantu sesiapa yang berkenaan..bye nak gi jalan jalan kat Alamanda..