Tuesday, December 11, 2012

Pilunya rasa

Terkadang kita tidak mampu lagi meluahkan apa yang kita rasa..jalannya hanya ALLAH sahaja tempat kita mengadu dan luahkan...kerana  DIA lah juga penjaga hati dan pendamping kita susah atau senang gembira atau duka...kuatkan hati ini

Friday, December 7, 2012

5S :) SISIH SUSUN SAPU SERAGAM DAN SENTIASA AMAL


Di pejabat saya kini semua unit dan individu tengah bertungkus lumus untuk 5S yang dahulu Selerak,Selekeh,Sepah,Sepak dan Sentiasa amal...hikhik dan kini 5S yang berwajah baru kerana telah di Sisih,Susum,Sapu,Seragam dan sentiasa amal.. bila adanya 5S permulaanya biasanya semua orang akan mengeluh dan mesti kata tak de kerja lah buat benda macam ni..ingat tak de kerja lain ke..memang bila mula sesuatu perkara baru agak susah dan payah, tapi bila dah mula sikit demi sikit dan sentiasa amal dan buat maka hasilnya amat membantu diri kita sendiri hakikatnya, meja jadi kemas, sistematik, tiada lipas atau tikus dalam laci meja , tiada jualan kasut atau  tupperware dalam atau bawah meja hikhik..jangan marah  :) .yang penting kedudukan alat tulis dan keperluan kerja lain teratur dan mudah untuk kita membuat kerja dengan lancar dan berkesan. 5S ini bukan sahaja diamalkan di pejabat sahaja tetapi boleh diterapkan dirumah kita.  Perasan tak kadang-kadang di rumah kita..macam- macam ada.. yang paling best dalam almari pakaian kan terutama wanita, serabut pula tengok, jadi sentiasalah amalkan 5S di rumah kerana ia memamg banyak membantu mewujudkan persekitaran yang selesa dan aman barulah jadi " Rumahku syurgaku..." hanya ingat Seiton je sebab macam nama kakak kat tempat lama yang bossnya memangil siETON... :) winduu PEACE..

Thursday, December 6, 2012

RINDU PADA e-GERAK PPD Mersing

Sampai ke hari ini saya sentiasa dan dah terbiasa membuka laman web PPD Mersing dan terus ke e-GERAK untuk melihat rakan sepejabat saya sihat atau tidak, ada di mana, bekerja luar atau pejabat.. mudahnya ada teknologi dan dunia tanpa sempadan ini, memberikan kita lebih kebaikan dan kemudahan bagi sesiapa yang ingin mencari kebaikannya,bagi yang ingin mencari kegilaan dan kejahatan dari dunia tanpa sepadan ni pun terpulang pada kemahuan dan pegangan masing-masing, jangan salahkan dunia maju dunia tanpa sempadan kerana baik buruk adalah pilihan kita...tangan,hati dan minda kita..setiap kejadian setiap yang wujud ada kelebihan dan kekurangan, kebaikan dan keburukan ..pilih lah mana jalan dan jangan salahkan sesiapa kerana tiada siapa yang memaksa kerana kita merdeka bukan di paksa kan.... dengan e-GERAK saya sentiasa berhubung dengan rakan di sana..walau saya tak kerap telefon atau tiada bukan bermakna saya lupa, bila tengok e GERAK ada rakan yang mc atau sakit baru saya bertanya khabar dari teman lain atau orangnya sendiri...pada kakak kesayanganku,adik kesayanganku,abang kesayanganku, pegawai-pegawai yang sporting ,saya tak pernah lupa semua disana..insyallah panjang umur ada rezeki saya akan kesana..nanti layan saya macam VVIP tau...hikhik..  : )

Wednesday, December 5, 2012

MEMOTONG KUKU CARA ISLAM


5 Disember 2012..kejap je dah 5 haribulan..kerja dah selesai buat sementara waktu kerja tengah takde pada duduk sahaja pada melayan perasaan mata yang mengantuk ni saya nak kongsi artikel lama yang saya simpan ni masa tempat kerja lama...rasa rindu dekat tempat kerja lama sebab hari jumaat sama-sama wajib membaca alquran, terjemahan dan ada tazkirah walau sekejap tapi cukup bermakna kerana dilakukan rutin tiap minggu.. artikel ini pun di ambil dari pegawai saya bernama En. Nor azmi, harap dia sihat dari demam, saya copy paste tazkirah beliau.
 
Perlu Diketahui Bahawa Memotong Kuku Adalah  Amalan Sunat.

Berkata Saidatina Aisyah Bermaksud:

Sepuluh perkara dikira sebagai fitrah iaitu memotong misai, memelihara janggut, bersugi, memasukkan air ke hidung, memotong kuku, membasuh sendi-sendi, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu ari-ari, bersuci dengan air (beristinja),
berkata Zakaria:
Aku lupa yang ke-10 kecuali berkumur.
(Riwayat Muslim).

 Dari Anas Bin Malik Bermaksud:


Sudah ditentukan waktu kepada kami memotong misai, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan mencukur bulu ari-ari agar kami tidak membiarkannya lebih daripada 40 malam.
( Riwayat Muslim).

Menurut Imam Shafie:

Sunat memotong kuku

sebelum mengerjakan solat Jumaat sepertimana disunatkan mandi, bersugi, berharuman, berpakaian kemas sebelum ke masjid.
Berkata Abu Hurairah R.A. Bermaksud:

Nabi Muhammad S.A.W. memotong kuku dan menggunting misai pada hari Jumaat sebelum baginda keluar untuk bersembahyang.
(Riwayat al-Bazzar dan al-Tabrani

Rasulullah S.A.W. Bersabda Bermaksud:
Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat, bersugi, memotong kuku, berwangian jika memilikinya dan memakai pakaian yang terbaik, kemudian keluar rumah hingga sampai ke masjid, dia tidak melangkahi orang yang sudah bersaf, kemudian mengerjakan sembahyang apa saja (sembahyang sunat), dia diam ketika imam keluar (berkhutbah) dan tidak berkata-kata hingga selesai mengerjakan sembahyang, maka jadilah penebus dosa antara Jumaat itu dan Jumaat sebelumnya.
(Riwayat Ahmad).


Memotong kuku bukan sebarang potong tapi ada kaedahnya. Walaupun ia hanya kuku tapi ia adalah sebahagian dari badan kita yang perlu kita hormati.

Misalnya, memotong kuku ada adabnya iaitu:
 Adab memotong mengikut  turutan jari.

 Adab memotong mengikut hari.
 Adab membuang kuku

Adab Memotong Kuku:
Mulakan memotong kuku dengan Bismillah dan Selawat Nabi .

 Potong bermula dengan jari telunjuk sebelah kanan sampai habis tangan kanan,
 Kemudian jari kelingking sebelah kiri sampai ibu jari tangan kiri ,

 Dan akhir sekali ibu jari tangan kanan


Adab Memotong Kuku:
Kalau kaki pula, mulakan dengan jari kelingking kaki kanan sampai kelingking kaki kiri.

 Itulah sunnah yang paling kuat dipegang selama ini walaupun ada banyak khilafnya.

 Adab Memotong Kuku Mengikut Hari:

RASULULLAH S.A.W bersabda yang ertinya:-
Barang siapa yang mengerat kukunya pada

Hari Sabtu:
Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit

Hari Ahad :
Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan.

 Hari Isnin :
Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat

Hari Selasa:
Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit

Hari Rabu :

 Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.
Hari Khamis :
Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.

 Hari Jumaat :
Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.

Adab Membuang Kuku:

 Buanglah kuku pada tempat yang bersih.

 - eloklah buang ke tanah kerana kita juga adalah unsur tanah, bukannya buang dimerata tempat seperti di dalam tong sampah sekalipun tong sampah itu bersih.

 Sekian untuk perkongsian bersama

 

 

 

Friday, November 30, 2012

PENYUSUAN SUSU IBU

Semalam 28 November 2012 saya dipaksa  macam lagu screen aku dipaksa kau terpaksa oleh kawanku dak ayoi dan faz..menghadiri satu ceramah kesihatan berkaitan Hebatnya susu ibu sempena minggu kesihatan bertagkan " Anda sihat...sihatkan anda..? "mm itu satu persoalan untuk kita fikirkan...betul ke ni sihat sepenuhnya fizikal,mental dan rohani..tahukah kita sejauh mana tahap kesihatan kita..adakah kita pernah ambil tahu,ambil berat,ambil peduli dan sewaktu dengannya..? sendiri jawab lah ya
Nak kongsi tentang apa yang saya dengar dengan khusuknya semalam..sampai terasa nak ada baby je huuu... semalam ceramah oleh Puan Siti Mariam Ali dari Pusat Lantasi Kebangsaan.
Pn.Siti menerangkan apa pentingnya memberi susu ibu,teknik penyusuan, pengurusan yang bijak dalam menyimpan stok susu dan memberi maklumat pelabelan plastik plastik yang kita gunakan seharian yang kita tidak sedar.....
Pertama..wahh karangan ni ,Pn.Siti bertanyakan adakah disini semua menyusukan bayinya...haa mau seram sejuk bila dia bertanya begitu mana takkan yang pergi semua para ibu dan para bapa ..saya yang mengada-ngada terikutt hikhik...Ini apa yang saya dengar dengan penuh semangat sambil sambil mencatit untuk rujukan masa akan datang :). Saya catatlah sikit sikit apa yang saya dengar ni ya...

Faedah Susu Ibu kepada bayi dan ibu

Memang sah terbukti ia sebagai makanan yang palinggggg berkhasiat yang memang tidak boleh dibandingkan dengan sebarang susu tepung dalam pasaran.
Susu ibu dapat mengelakkan bayi daripada cirit birit dan sembelit
Susu ibu bersih, mudah di sedikan..cutt je kat mulut bayi hikhik sambil baring pun boleh..masa nilah boleh bagi alasan kat para en.suami tolong buat apa yang patut seperti mengemas rumah ke,membasuh pingan manggkuk kee..untuk ibu berehat sebentar bersama bayi anda kata Pn.Siti
Susu ibu mengandungi kandungan dalam kuantiti semasa mengikut keperluan bayi, mengandungi antibodi untuk tumbesaran bayi, mengelakkan bayi dari bakteria dan alergi
Yang paling penting dengan menyusukan bayi kita dapat membina hubungan psikologi antara ibu dan anak, kajian menunjukan ibu yang menyusukan anak sampai umur 2 tahun dengan ikhlas dan kasih sayang akan mewujudkan pertalian yang akrab dan mesra hingga kebesar..
Susu ibu sebenarnya bgawa banyak sangat faedah sendiri kepada ibu yang menyusukan kerana ibu itu sendiri yang dapat faedah.pss pujuk para ibu yang tidak mahu menyusukan anak..bila bayi menyusu ibu akan dapat mengembalikan bentuk badan mereka yang asal dengan lebin cepat, mengurangkan ketegangan buah dada, mengelakan kesakitan yang dialami oleh ibu selepas bersalin dan uterus ibu akan pulih cepat...dan paling penting dapat menjimatkan wang dan ekonomi kita

Teknik Penyusuan ibu yang betul

Nahhh sini saya copy je lah dari penceramah tu punyer bahan..nak terangkan dengan cara sendiri takut tak faham yang membacanya..hikhik maklum tak de pengalaman

Untuk memastikan kejayaan penyusuan susu ibu, bayi perlu diletakkan dengan betul ke payu dara ibu. Biasanya, posisi dan cara meletakkan bayi ke payu dara datang secara semulajadi tetapi terdapat ibu dan bayi yang memerlukan masa dan latihan. Untuk melakukan dengan betul berikut adalah langkah - langkah yang boleh membantu:

  • Posisi
  • Pelekapan
  • Tanda-tanda pelekapan yang salah
  • Penilaian samada bayi menyusu dengan baik
Posisi
  • Pegang bayi rapat ke arah badan dan payu dara ibu.
  • Pastikan kepala dan badan bayi lurus.
  • Ampu bahagian belakang dan punggung bayi dengan kemas.
  • Anda boleh memegangnya dengan berbagai cara asalkan anda merasa selesa.
  • Gambar 1:Duduk dan letakkan satu atau dua bantal untuk mengampu bayi anda.
  • Gambar 2:Baring mengiring dan bayi menghala kepada ibu. (Berhati - hati tidak tertidur dalam posisi ini untuk elak bayi lemas)
Pelekapan
  • Gambar 2:Baring mengiring dan bayi menghala kepada ibu. (Berhati - hati tidak tertidur dalam posisi ini untuk elak bayi lemas)
  • Rapatkan bayi ke payu dara (bukan payu dara ke bayi). Rapatkan seluruh badan bayi ke dada bukan hanya bahagian kepala. Pastikan seluruh bahagian tampok hitam (areola) masuk ke dalam mulut bayi.
  • Anda boleh membantu bayi melekap dengan memegang payu dara dengan tangan. Pastikan ibu jari jauh dari areola dan tidak menekan payu dara.
Tanda-tanda pelekapan yang salah
Jika penyusuan berjalan lancar, puting ibu tidak mudah cedera kerana puting berada jauh ke dalam mulut bayi. Kebanyakan masalah yang dialami ibu adalah kerana posisi dan cara pelekapan yang tidak betul. Berikut adalah tanda - tanda pelekapan yang tidak betul dan boleh mengakibatkan masalah semasa penyusuan:
  • Puting kelihatan leper semasa dikeluarkan dari mulut bayi selepas penyusuan.
  • Rasa sakit di puting semasa dan selepas penyusuan.
  • Payu dara mungkin bengkak.
  • Susu tidak dikeluarkan dengan berkesan.
  • Gambar menunjukkan bayi yang tidak melekap dengan betul. Ini boleh mengakibatkan masalah seperti kebengkakkan payu dara dan puting melecet.
Penilaian samada bayi menyusu dengan betul
Gambar ini menunjukkan bayi menyusu dengan cara yang betul
  • Mulut bayi terbuka luas.
  • Dagu bayi menyentuh payu dara.
  • Bibir bawah bayi bergulung keluar.
  • Hidung bayi terletak pada payu dara dan bayi boleh bernafas.
  • Bayi menghisap, berhenti sejenak dan menghisap semula. Hisapan secara perlahan dan dalam.
  • Ibu boleh mendengar bunyi bayi menelan susu.
  • Gambar menujukkan apa yang berlaku di dalam mulut bayi ketika penyusuan jika bayi melekap dengan betul.
  • Petunjuk:
    • Puting
    • Areola dan tisu payu dara dengan duktus susu dibahagian bawah areola.
    • Lidah bayi
    • Payu dara
    • Tekak bayi

 
 
 Pengurusan stok susu ibu
 
Pengurusan stok susu ibu yang berkesan..ni untuk ibu ibu yang bekerja tapi ada semangat nak beri susunya kepada bayi tersayang..kasih sayang yang tidak terhingga seorang ibu...peaceee..tiba-tiba teringat arwah mak..sob sob..   : (
 
Pn.Siti menasihatkan dan mengingatkan..untuk menyimpan susu ibu bila sudah bekerja bukan dilakukan seminggu atau dua tiga hari sebelum mula bekerja kembali..tetapi hendaklah dilakukan tiga minggu awal sebelum melangah kaki bekerja..dengan perancangan dan pengurusan yang betul maka tidak perlu risau dengan susu yang tiada stok yang membuat kita jadi panik dan boleh stress hingga menyebabkan keluaran susu pun terganggu akibat stress sendiri carik..hikhik so buatlah perancangan awal ya ...sebab susu ibu ni boleh tahan alam kalau di bekukan..so tak perlu risau..yang penting stok sentiasa ada kan..
Cara nak simpan stok kaedah nya ada dua cara pertama melalui picitan jari sendiri dan melalui penggunaan pam..terpulang kepada kemampuan, kemahuan dan keselesaan  masing - masing
 
 
 Kaedah memerah susu:
  1. Basuh tangan dengan air dan sabun.( pastikan tangan bersih sebersih-bersihnya sebab pada tanganlah banyak bakteria oleh itu basuh tangan ni di kategorikan wajiblah ya )
  2. Perah di tempat yang bersih, tenang,selesa ditempat yang tertutup seperti di surau atau tempat khas
  3. Fikirkan perkara yang indah untuk merangsang refleks pengaliran susu .(pn.siti memaklumkan cara ini amat berkesan untuk melancarkan pengaliran susu dengan banyak)
  4. Tuam panas payudara 3-5 minit sebelum memerah.
  5. Urut payudara perlahan-lahan.
  6. Duduk dengan selesa, pegang bekas tadahan dekat dengan payudara.
  7. Pegang payudara dengan meletakkan tiga jari untuk menampung payudara, ibu jari di bahagian atas aerola dan jari telunjuk di bahagian bawah.
  8. Tekan payudara ke arah dada dengan ibu jari, jari telunjuk dan jari tengah serentak, sambil menekan tampok hitam.( Di sini kebayakkan para ibu salah teknik kerana Pn.Siti berkata para ibu kebanyakkan memicit puting sahaja bukan bahagian aerola ..itu menyebabkan boleh menjadi luka dan menyakitkan)
  9. Perah ke dalam bekas bersih/steril.
  10. Ulang beberapa kali.
  11. Perah setiap 5-10 minit.
  12. Setelah selesai memerah, sapukan beberapa titik susu ke puting dan keringkan puting.

Cara penyimpanan susu:

Pemilihan tempat penyimpanan bergantung kepada tempoh penyimpanan seperti di dalam jadual di bawah:

Tempat

Bayi Normal

Bayi Pra Matang

Suhu Bilik 4-8 jam Tidak disyorkan
Peti Sejuk 48-72 jam 24 jam
Pembeku (2 pintu) 3 bulan 3 bulan
Pembeku (-20C) 1 tahun 1 tahun
  • Pastikan kuantiti susu mencukupi untuk sekali penyusuan.
  • Simpan dalam bekas yang bersih dan bertutup.
  • Labelkan bekas dengan menyatakan tarikh dan masa pemerahan.
  • Simpan dalam peti sejuk.
  • Jika susu ingin dibekukan, pastikan bekas simpanan susu tidak terlalu penuh.

TIPS UNTUK MELABELKAN SUSU IBU( STOK didalam freezer)

1. Simpan perahan susu ibu dalam bekas yang bersih dan bertutup.
2. Tuliskan tarikh dan masa perahan di setiap bekas simpanan susu.( Bila menyimpan stok pastikan tarikh terdahulu yang lebih lama dinaikan/diletakan di atas supaya boleg di habiskan dahulu.
3. Susu ibu tidak boleh dimasak. Panaskan dengan merendam bekas susu ke dalam air suam.
4. Baki susu perahan yang telah dipanaskan tidak boleh disimpan semula.

Sekian terima kasih, itu lah perkongsiaan ilum yang sangat saya berikan perhatian semasa ceramah huuu..hope dapat membantu sesiapa yang berkenaan..bye nak gi jalan jalan kat Alamanda..

Tuesday, November 27, 2012

senyum

Senyum.....apa itu senyum...apa kelebihan senyum pada diri kita dan orang sekeliling kita....
Senyum boleh menarik seseorang suka kepada kita dan kadang kadang boleh buat seseorang tu jatuh hati pada seseorang hanya kerana senyumannya...haaa macam saya :) .... ( sekali perasan daaa... )
tapi memang senyuman sebenarnya banyak kebaikan yang kita tidak sedari...senyumlah waktu anda disakiti... mesti korang kata eleh poyo jee minah ni cuba kau senyum waktu kau tertekan...huuu...susah tu nak jawab..sebab saya pun kadang kadang memang cam tu pun.... hikhik...tapi kan...cuba bila stress sangat cuba pergi bilik air tengok muka di cermin dengan keadaan masam kita yg mencuka tatap lah lama lama...cantik tak..? lepas tu cuba tarik nafas dalam dalam hembus...perlahan-lahan sambil tersenyum manis dan selebar mungkin....apa korang rasa....? best tak ..rasa lain tak ..rasa tenang tak....terpulanglah apa yang anda rasa ketika itu...tapi yang pasti horman dalam badan kita tak pandai menipu macam kita hak hakkk...   ;) kan kan....sikit banyak mesti kita rasa lega dan cool balik...itu faedah untuk kita....belum lagi untuk kawan kawan dan yang penting untuk orang sekeliling kita masa kita masam dan stress..kesian mereka yang tak tahu apa-apa kan...silap silap mereka terasa hati dengan kita or anggap kita marahkan mereka pulak..tak tentu pasal mereka kecik hati , marah pulak dengan kita...kann lagi rumit tu...so walau apa terjadi memang kadang kadang kita bengang gila bengang tahap gaban ke...stress macam nak hantuk hantuk dinding ke....cuba tarik nafas dalam dalam sambil selawat..n senyum lebar lebar walau tak ikhlas masa tu ...ulang banyak kali ...kalau boleh mengadap lah cermin tuuu...haaa insyallah akan ok jugee sikit sikit berbanding sebelumnya...tak pelah walau susah nak buat bila tengah marah atau sterss cuba jugak ..lama lama ia akan sebati dengan kita..tanpa sedar benda tu akan neutral sendiri... so SENYUM TAK PERLU KATA APA-APA...tambah bila kita marah tahap gaban...nanti lain pulak jadinya kan.... :)

Sekian terima kasih ...lepas makan tengahari kat opisss saya..
1.10 tgh hari sebelom nak gi solat huuuuu
Korang layan ehh
Pesanan pada seseorang yang saya sayangggg sangat.......dah ehhh jangan sedih sedih...jangan kecik hati...jangan terkilan...lupakan lah...semua manusia ada kekurangan...ye awak kan manis bila tersenyum..sebab saya suka kat awak pun kerana senyuman awak wekkk :) hikkk
PEACE

Saturday, August 25, 2012

bermula kembali

Assalammualaikum semua..
lama sekali saya tak  update apa apa cerita...sebenarnya fikiran saya sekarang agak berkecamuk dan berputar putar memikirkan maslah ...masalah yang sebenarnya kadang kadang di sebabkan orang lain...pening kalau kita nak sangat jaga hati orang lain..tapi orang tu tak pernah nak ambil tau apa yang kita rasa..itulah kelemahan dalam diri terlalu sangat nak menjaga hati orang dan apa kata orang..emm akibatnya diri sendiri tertekan dan pusing sendiri. Ada sahabat berkata..kalau kita nak puaskan hati semua..memang tak dapatlah kita bukan sempurna yang penting  lakukan yang betul di pandangan ALLAH  selwbihnya tawakal...dah jangan pening pening nak FIKIR APA KATA ORANG..emm betul juga kata teman saya tu...yang penting kita pwrlu buat apa yang kita rasa perlu .
bukan selfish tetapi kadang kadang punca masalah terjadi bila kita asyik fikir apa kata orang...so terpulanglah tanya diri anda